Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap disyaki lakukan perbuatan terburu-buru hingga pegawai polis cedera

Aug 13, 2020 | 09:11 PM



POLIS telah menahan seorang lelaki berusia 37 tahun pada Khamis (13 Ogos) kerana disyaki terlibat dalam kes tindakan terburu-buru hingga menyebabkan kecederaan selain disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah. 


Dalam kenyataannya, polis berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas seorang lelaki di Bukit Merah Lane semasa satu operasi pada Rabu (12 Ogos).


Semasa menjalankan pemeriksaan tersebut, suspek tidak memberi kerjasama.


Sebaliknya dia memandu laju keretanya menuju ke arah beberapa pegawai polis yang sedang mengendalikan kes tersebut hingga menyebabkan seorang anggota polis cedera, sebelum suspek memandu pergi.


Polis berkata pihaknya tidak mempunyai toleransi terhadap tindakan seperti itu yang mengancam keselamatan pegawainya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan tidak mematuhi undang-undang.


Suspek dijangka didakwa di mahkamah esok (14 Ogos) atas kesalahan melakukan tindakan terburu-buru hingga menyebabkan kecederaan di bawah Seksyen 337 (a) Kanun Keseksaan.


Kesalahan itu membawa hukuman penjara hingga satu tahun, atau denda hingga $5,000, atau kedua-duanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >