Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap import beg jenama palsu untuk dijual

Oct 01, 2017 | 03:33 PM



Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan selepas operasi selama enam jam, kerana disyaki terlibat dalam mengimport beg palsu untuk diperdagangkan.

Kastam Singapura memeriksa satu 
konsainan yang disyaki mengandungi barangan yang melanggar hak cipta, pada 18 Sep.

Pemilik jenama mengesahkan 200 beg dan bagasi itu palsu, dan produk tersebut dirampas.

Perkara itu dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) bagi siasatan susulan.

Pegawai CID menjalankan pemeriksaan luas selama beberapa hari selepas mendapat maklumat itu.

Pada 26 Sep, mereka melakukan serbuan bersama pegawai Kastam Singapura di sebuah gudang di 
Jurong Port Road dan sebuah unit kediaman di Punggol, dan menangkap suspek.

Dalam kes ini, 318 beg palsu dirampas kesemuanya, dianggarkan bernilai  $11,680.

Siasatan masih dijalankan.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Ahad (1 Oktober), Pasukan Polis Singapura dan Kastam Singapura berkata: "Pihak berkuasa memandang serius pelanggaran hak harta intelek (IPR) dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pelaku yang melanggar secara terang-terangan undang-undang IPR Singapura. "

Sesiapa yang didapati bersalah mengimport, memiliki atau mengedar barang dengan
tanda dagangan palsu bagi tujuan perdagangan boleh didenda hingga $100,000 atau dipenjara hingga lima tahun, atau dikenakan kedua-dua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >