Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap kerana buat dan gunakan wang palsu

Jun 01, 2016 | 07:29 AM



SEORANG lelaki berusia 52 tahun ditahan kerana menghasilkan dan menggunakan wang kertas $50 palsu, kata polis pada Selasa (31 Mei).



Polis berkata ia menerima laporan pada kira-kira 10 pagi Khamis bahawa wang kertas $50 palsu digunakan di sebuah kedai di Hougang Street 91.



Selepas siasatan, pegawai Pusat Polis Kejiranan Hougang mengenal pasti identiti suspek dan menahannya di Hougang Avenue 8 pada kira-kira 3.15 petang hari sama.



Sebuah mesin pencetak, beg dan beberapa wang kertas $50 yang dipercayai palsu dirampas.



Setakat ini, wang kertas palsu yang digunakan dalam kes yang dilaporkan mempunyai empat nombor siri: 5DC995967, 4KT595133, 4AX921719 dan 4LB831932.



Tidak diketahui berapa banyak wang kertas dirampas, dan nombor siri sama mungkin digunakan bagi lebih daripada satu wang kertas.



Siasatan polis masih berjalan.



Satu gambar dua wang kertas palsu dengan nombor siri pertama telah diedar dalam talian dan kepada perkhidmatan mesej WhatsApp baru-baru ini.



Menurut satu pos di forum dalam talian HardwareZone, wang itu dipercayai diterima dari sebuah pusat pasar raya NTUC FairPrice di Hougang.



Dalam respons kepada pertanyaan media, jurucakap FairPrice berkata: "Kami sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan itu."



Semua cawangan FairPrice mempunyai alat yang diperlukan, termasuk mesin cahaya ultraungu, bagi mengesahkan kesahihan mata wang yang diterima, katanya.



Sembarang wang palsu yang dijumpainya akan dikeluarkan bagi menghalang ia diedarkan dan diserahkan kepada pihak berkuasa, katanya.



Dalam kes di Hougang itu, wang kertas palsu tersebut, yang dipercayai salinan fotokopi, tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas tulen, kata polis.



Ini termasuk tera air, iaitu imej yang dapat dilihat apabila wang kertas diletak pada cahaya, dan benang keselamatan yang terjalin dalam wang kertas dari atas ke bawah.



Tidak seperti wang kertas tulen, kerajang memantul simulasi pada wang kertas palsu tidak bergerak apabila wang kertas itu dicondongkan. Permukaan wang kertas palsu juga tidak mempunyai rasa timbul wang kertas tulen.



"Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada mengenai wang kertas palsu nombor siri lain," kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >