Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap kerana menghidu pakaian dalam wanita

Aug 16, 2019 | 02:53 PM



SEORANG lelaki, 34 tahun, ditangkap polis hari ini (16 Ogos) kerana didakwa memuat naik gambar dirinya menghidu pakaian dalam wanita di akaun Instagramnya.



Gambar-gambar tersebut dipetik di blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di kawasan Choa Chu Kang.



Dalam satu kenyataan, polis berkata bahawa mereka menerima beberapa laporan semalam mengenai tiga pos Instagram yang dimuat naik lelaki itu.



Foto-foto Instagram lelaki itu diedarkan dalam talian petang semalam.



Pegawai dari Divisyen Polis Jurong telah mengenal pasti lelaki tersebut dan memberkasnya atas kesalahan gangguan awam pada 4.30 pagi hari ini, kurang dari lapan jam selepas laporan polis yang pertama dibuat.



Pos-pos tersebut telah diturunkan, kata polis.



Lelaki itu akan dijatuhkan hukuman esok. 



Sekiranya disabitkan kesalahan mengganggu ketenteraman awam, dia menghadapi denda tidak lebih $1,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >