Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap kerana menyamar sebagai polis, lakukan pencurian

Jan 16, 2021 | 04:03 PM



POLIS telah menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes menyamar sebagai pegawai polis dan melakukan pencurian. 



Pada 7 Januari lalu,  kira-kira 10.30 malam, mangsa berada di lorong di Rowell Road apabila seorang lelaki tidak dikenali mengenalkan dirinya sebagai pegawai polis dan meminta mangsa menyerahkan telefon bimbit kepadanya  dengan alasan mahu melakukan pemeriksaan. Dia kemudian meminta mangsa mengambil semula telefon itu pada 11 Januari di  balai polis di Tanjong Pagar.



Apabila mangsa akhirnya sedar bahawa lelaki itu bukan pegawai polis, beliau  membuat laporan polis pada 13 Januari lalu. Melalui siasatan, pegawai daripada Divisyen Polis Central mengenal pasti identiti suspek lelaki itu dan menangkapnya pada Jumaat (15 Jan).



Lelaki itu  didakwa di mahkamah hari ini (16 Jan) kerana menyamar sebagai  kakitangan  awam yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. Polis ingin mengingatkan orang ramai agar berwaspada  terhadap mereka  yang mungkin menyamar sebagai pegawai polis untuk melakukan tindakan jenayah mereka. 



Jika mereka berasa ragu, mereka harus meminta kad waran polis untuk mengesahkan identitinya sebelum mematuhi arahan pegawai itu. Kad waran  asli mempunyai ciri pengenalan seperti logo polis, gambar pegawai, namanya dan nombor kad pengenalan. Jika  mereka masih tidak yakin dengan kewibawaan seseorang itu sebagai pegawai polis, mereka boleh  menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >