Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Lelaki ditangkap selepas cuba seludup 12,479 karton rokok dalam blok konkrit ke S'pura

Aug 19, 2019 | 07:33 PM

SEORANG pemandu lori warga Malaysia ditangkap setelah cuba menyeludup 12,479 karton rokok tanpa cukai yang dimasukkan dalam blok konkrit yang diangkut dalam lorinya untuk masuk ke Singapura.

Ia merupakan kes penyeludupan rokok terbesar yang dikesan  Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sejak lima tahun lalu.

Pada 27 Julai 2019, kira-kira pukul 9.05 pagi, para pegawai ICA telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori pendaftaran Malaysia yang di Pusat Pemeriksaan Tuas. 

Lori yang membawa 16 blok konkrit itu telah menimbulkan rasa curiga oleh para pegawai setelah melihat bentuk blok-blok konkrit tersebut.

Mereka langsung menggerudi lubang ke dalam blok konkrit itu dan terdapat rokok tanpa cukai yang disembunyikan di dalamnya.

Berita Popular

Pemandu lelaki berusia 25 tahun langsung ditahan dan kes itu diserahkan kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

Sebanyak 12,479 karton rokok tanpa cukai didapati di dalam blok-blok konkrit tersebut dan jumlah duti dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dielakkan berjumlah kira-kira $1,240,430 dan $90,590 masing-masing.

Melindungi sempadan Singapura adalah antara misi utama ICA dan cara penyembunyian seperti ini boleh digunakan oleh pengganas untuk menyeludupkan senjata dan bahan ledakan untuk melakukan serangan di Singapura.

Siasatan masih berterusan.

 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map