SEORANG lelaki berusia 52 tahun ditangkap kelmarin kerana disyaki menggunakan kad kredit orang lain untuk menambah nilai kad ez-link sebanyak $2,400.
Menurut laporan The Straits Times, mangsa membuat laporan polis pada 22 Februari lalu mendakwa terdapat beberapa penambahan nilai kad ez-link yang dilakukan menggunakan kad kreditnya yang hilang.