Lelaki ditangkap tipu $175,000 jual pelitup di dalam talian., Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lelaki ditangkap tipu $175,000 jual pelitup di dalam talian.

Feb 15, 2020 | 12:00 PM

Seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditangkap kerana disyaki menipu seorang mangsa yang membayar $175,000 untuk membeli 500 karton pelitup pembedahan

Pada Jumaat (14 Feb), polis berkata ia menerima laporan seorang mangsa yang berkata beliau ditipu oleh penjual dalam talian yang mengiklankan pelitup untuk dijual di wadah jual beli dalam talian Carousell.

Mangsa membayar $175,000 sebagai wang pendahuluan bagi membeli 500 karton pelitup pembedahan. Pelitup itu dibeli untuk diagih-agihkan kepada kakitangan sebuah syarikat.

Namun, selepas penjual dalam talian itu menerima deposit, beliau tidak lagi boleh dihubungi dan tidak mengirimkan barangan yang dibeli itu.

Pegawai polis dari Divisyen Polis Ang Mo Kio mengenal pasti identiti suspek dan menangkapnya pada Jumaat.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu (15 Fen) untuk dituduh menipu. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dan didenda.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map