Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap tipu wanita melalui aplikasi berkencan

Jul 25, 2016 | 11:08 AM



SEORANG lelaki berusia 22 tahun telah ditangkap kerana disyaki menipu mangsa wang mereka melalui aplikasi berkencan (dating) mudah alih.



Polis berkata antara Mac dan Mei, ia menerima beberapa laporan daripada mangsa wanita mengatakan mereka ditipu wang mereka oleh penipu dalam talian.



Suspek berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi berkencan.



Dia memberitahu mangsa kononnya dia terlibat dalam kemalangan kenderaan ketika menghantar teks kepada mereka dan memerlukan wang untuk menyelesaikan perkara itu secara peribadi dengan pihak yang satu lagi.



Suspek juga memberitahu sebahagian mangsanya bahawa dia seorang pereka dalaman dan memerlukan wang untuk "projek kerja".



Selepas wang itu dipindahkan, dia akan terus memberi alasan untuk mengelak membayar balik, kata polis dalam satu kenyataan media pada Isnin (25 Julai).



Berdasarkan siasatan, pegawai daripada Divisyen Polis Tanglin menetapkan identiti suspek dan menangkapnya.



Sesiapa yang didapati bersalah bagi sesuatu kesalahan menipu boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >