Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditembak di perut semasa bergelut dengan pegawai polis di Balestier

Nov 05, 2020 | 06:55 PM



SEORANG lelaki telah ditembak di bahagian perut semasa bergelut dengan pegawai polis di Balestier pada Khamis pagi (5 Nov), selepas lelaki itu cuba merampas pistol revolver susuli serangan terhadap seorang lagi pegawai yang lain.



Lelaki berusia 36 tahun itu, yang telah dibawa ke hospital setelah ditembak, kini berada dalam keadaan stabil, kata polis.



Dia kini ditahan polis atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja untuk menghalang seorang kakitangan awam daripada melakukan tugasnya, termasuk kesalahan menipu, dan disyaki telah menyalahgunakan dadah.



Beliau juga dikesan sebagai seorang ahli perhimpunan haram dan atas kesalahan berkaitan dadah dan kastam.



Kejadian itu berlaku di sebuah apartmen di Balestier Road sekitar 1 pagi dalam satu serbuan polis.



Polis berkata, setibanya pasukannya di unit terbabit, lelaki tersebut menyerang seorang pegawainya beberapa kali hingga wajah pegawai itu berdarah sebelum beliau terjatuh ke lantai.



Suspek juga enggan mematuhi amaran seorang lagi pegawai polis agar dia berhenti menyerang pegawai tercedera itu.



Pegawai kedua itu kemudian memutuskan untuk mengeluarkan pistol revolvernya selepas mendapati seorang lagi lelaki di apartmen berkenaan mungkin turut serta menyerang rakan sepasukannya itu.



Pergelutan ganas kemudian berlaku apabila lelaki berusia 36 tahun itu berpaling menghadap pegawai kedua dan cuba merampas pistol revolvernya.



Satu das tembakan dilepaskan namun suspek tetap bergelut dengan pegawai polis berkenaan, kata polis.



Satu pasukan polis lain akhirnya tiba dan dapat mengawal keadaan dan menahan kededua lelaki tersebut.



Menurut polis, pegawai pertamanya cedera di bahagian muka dan lengan manakala pegawai kedua cedera di bahagian tangan dan bibir.



Manakala lelaki kedua dalam serbuan tersebut yang berusia 22 tahun turut disiasat atas kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja untuk menghalang seorang kakitangan awam daripada melaksanakan tugasnya.



Lelaki itu juga merupakan seorang bekas penyeliaan polis di bawah Akta (Peruntukan Sementara) Undang-undang Jenayah.



Dua wanita yang berada di dalam flat itu, berusia 33 dan 23 tahun, merupakan teman wanita bagi kededua suspek.



Mereka turut diberkas atas kesalahan menipu dan disyaki telah menggunakan dadah terkawal. Wanita 33 tahun itu pula dihendaki polis atas kesalahan penipuan dan telah gagal menghadirkan diri di mahkamah.



Polis telah merampas sejumlah $20,000 yang disyaki sebagai hasil jenayah, dadah dan peralatan berkaitan dadah. 



Biro Narkotik Pusat juga sedang melaksanakan siasatan terhadap kegiatan dadah yang dilakukan suspek-suspek yang ditahan itu. 



Selain suspek yang ditangkap di flat itu, tiga individu lain - dua berusia 18 tahun dan seorang berusia 32 tahun - juga terlibat dalam kes penipuan berkenaan dan telah diberkas semasa serbuan yang berlangsung antara 3 dengan 5 November itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >