Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang ditembak polis di Clementi mengaku salah atas tuduhan serang, ugut

Sep 27, 2022 | 05:20 PM



SEORANG pesalah berulang mengambil diazepam untuk merawat gangguan keresahan dan sirap batuk tanpa preskripsi, telah mengamuk dan menetak seorang lelaki dengan sebilah pisau di Clementi Februari lalu. 



Soo Cheow Wee kemudian menaiki teksi ke Ibu Pejabat Divisyen Polis Clementi, di mana dia kemudian ditembak di tangan kirinya selepas bersemuka dengan para pegawai polis.



Soo, 50 tahun hari ini (27 September) mengaku bersalah di atas dua kesalahan ugutan jenayah. Dia juga mengaku salah atas satu kesalahan menyebabkan kecederaan ke atas seorang kakitangan awam dan menggunakan pisau untuk menyerang seorang lelaki.



Mahkamah diberitahu bahawa Soo menetak seorang lelaki berusia 41 tahun dengan sebilah pisau dekat Blok 420A, Clementi Avenue 1, sekitar 8.40 malam pada 17 Februari lalu.



Sekitar 15 minit kemudian, Soo berada di luar Ibu Pejabat Divisyen Polis Clementi di Clementi Avenue 5, di mana dia menyerang ke arah seorang lelaki berusia 20 tahun sedang dia mengacukan pisau sebelum bersemuka dengan pihak polis.



Dalam satu video yang dipos seorang netizen, seorang lelaki dilihat memegang sebilah pisau dilihat menyeberang jalan ke arah tiga pegawai polis beruniform.



Sedang dia mengangkat tangannya dan menuju ke arah salah seorang daripada mereka, terdengar satu das tembakan dan dia kemudian terhuyang hayang sebelum rebah ke lantai.



Sekitar lapan lelaki, termasuk beberapa pegawai beruniform, kemudian bergegas ke arahnya.



Soo mengalami kecederaan akibat satu tembakan yang dilepaskan ke arah tangan kirinya dan kemudian dia diberkas polis.



Dalam satu kenyataan menyusuli insiden itu, polis berkata:



“(Para pegawai) telah memberkas seorang lelaki yang memegang sebilah pisau di luar Divisyen Polis Clementi kerana disyaki terlibat dalam jenayah menyebabkan kecederaan dengan senjata merbahaya dan ugutan jenayah.



“Lelaki itu kemudian dibantu pihak paramedik sebelum dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.”



Hari ini, mahkamah mengarahkan satu laporan bagi menilai sekiranya latihan pembaikan sesuai untuk Soo.



Ia hukuman bagi pesalah berulang. Dia akan dijatuhi hukuman bulan depan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >