Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditemui mati di Toa Payoh; Isteri pula meninggal akibat serangan jantung

Aug 22, 2019 | 12:41 PM



Mayat seorang lelaki berusia 84 tahun ditemui di kaki Blok 26, Toa Payoh Timur pada hari Selasa (20 Ogos) dan telah diisytihar mati oleh paramedik di tempat kejadian, lapor The New Paper (TNP).



Menurut Cik Maimon Ayab, 86, yang tinggal di flat tingkat pertama, pada mulanya, dia terdengar bunyi tiang buluh terjatuh dan dia tidak pedulikannya. 



Namun, Cik Maimon terkejut apabila dia mengintai keluar dari tingkap dan terlihat badan seorang lelaki tua yang berbaring menghadap lantai di tempat letak kereta.



Dengan segera, Cik Maimon menyuruh cucunya berusia 48 tahun untuk menghubungi polis, menurut laporan TNP.



"Ia menakutkan, ada sedikit darah yang mengalir keluar dari kepalanya,” katanya lalu menambah, "T-shirt dan seluar pendek yang sepatutnya digantung di tiang buluh terjatuh dengannya."



Seorang jurucakap polis berkata, semalam (21 Ogos) mereka dimaklumkan mengenai kes kematian yang tidak wajar di Blok 26, Toa Payoh Timur, pada hari Selasa jam 10.17 pagi.


Beliau berkata seorang lelaki berusia 84 tahun itu dijumpai tidak bergerak di kaki blok dan diisytihar mati oleh paramedik di tempat kejadian.



Semasa siasatan polis berterusan, akhbar berbahasa Cina, Lianhe Wanbao melaporkan semalam bahawa isteri lelaki itu mengalami serangan jantung setelah menyaksikan suaminya jatuh dan kemudian meninggal dunia di hospital.



Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu TNP bahawa mereka diarah untuk memberi respons kepada tempat kejadian di blok yang sama kira-kira jam 11.25 pagi dan seorang dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.



Para penduduk blok itu berkata pasangan itu tinggal di unit tingkat 10.



Cik Mira Jamira, 66, yang tinggal di sebelah unitnya mengatakan bahawa beberapa anggota SCDF pergi ke unit mereka dan telah membawa isterinya keluar dengan menggunakan alat usungan. 



“Saya tidak tahu sama ada dia terpengsan atau mengalami serangan jantung, tetapi saya fikir dia tidak sedarkan diri . "



Dia berkata pasangan itu mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki, dan anak perempuannya yang paling muda, yang dipercayai Madam Mira berusia sekitar 30 tahun, tinggal bersama mereka di flat tiga bilik mereka.



Apabila TNP melawat flat semalam, tiada siapa yang menjawab pintu.



Madam Mira yang telah tinggal di sana selama 29 tahun mengatakan bahawa pasangan itu mempunyai hubungan mesra sambil menambah, "Saya tidak pernah mendengar mereka bergaduh atau apa-apa pun. "



“Suaminya masih aktif lagi dan akan mennunggang basikalnya setiap pagi.”



"Mereka adalah jiran yang sangat baik dan saya rasa sedih terhadap apa yang berlaku kepada mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >