Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dituduh bunuh anak tiri 4 tahun

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR satu setengah tahun selepas dijaga bapa tirinya, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia selepas didakwa dibunuh bapa tirinya kerana membuang air kecil di luar tandas.



Lelaki berusia 28 tahun itu dibicarakan di mahkamah semalam.



Muhammad Salihin Ismail menghadapi tuduhan menyebabkan kecederaan hingga membawa maut kepada kanak-kanak perempuan itu, Nursabrina Agustiani Abdullah, sekitar 9 pagi pada 1 September 2018 dengan 9.40 pagi pada 2 September 2018 di sebuah flat di Bukit Batok.



Jika sabit kesalahan, dia menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup.



Salihin turut menghadapi dua lagi tuduhan bagi tindakan ganas terhadap budak itu.



Semua perbuatan itu didakwa berlaku antara Julai 2017 dengan September 2018.



Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa kanak-kanak itu dijaga Salihin selepas dia dibebaskan daripada Berek Tahanan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada Februari 2017.



"Dalam masa setahun setengah, dia meninggal dunia," ujar Timbalan Pendakwa Raya Senthilkumaran Sabapathy.



Mahkamah turut dimaklumkan bahawa isteri Salihin kini sedang menjalani hukuman penjara dan akan memberi keterangan sebagai saksi pendakwa.



Sementara itu, peguam Salihin tidak bersetuju dia dibicarakan bagi dua tuduhan lain yang turut dihadapinya bersama tuduhan membunuh yang dihadapinya kini.



Semasa berhujah, peguamnya, Cik Syazana Yahya, berkata tidak boleh dikatakan bahawa tiga kejadian yang didakwa berlaku itu menunjukkan trend keganasan yang bertambah teruk.



Tambahnya, ini akan menaruh prasangka terhadap anak guamnya yang perlu membela dirinya bagi tuduhan bunuh serta dua tuduhan lain itu.



Salihin dituduh mencederakan kanak-kanak itu antara Julai dengan Oktober 2017 di flat ibu bapanya dengan menyebabkan dia melecur kerana marahkan budak itu selepas dia enggan mandi dengan air sejuk.



Salihan ingin menjimat kos elektrik ketika itu.



Dia didakwa meletakkan kepala paip air semburan dengan air panas mengalir keluar daripadanya pada bahagian belakang budak itu selama sekitar lima hingga enam saat.



Salihin turut dituduh mendera kanak-kanak itu dengan menghentakkan kepalanya di lantai kerana dia marah budak itu bersembunyi di bawah katil semasa dia cuba menyuapnya makanan.



Perbicaraan disambung hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >