Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dituduh bunuh 'ibu pembaptisan' di Yishun

Nov 22, 2016 | 03:26 PM



SEORANG warga Singapura berusia 49 tahun yang memerlukan wang segera untuk membayar bagi sebuah flat baru di Johor yang dibeli isterinya, didakwa membunuh 'ibu pembaptisan'nya (godmother) apabila beliau cuba menghalangnya mengambil barang kemas beliau bernilai kira-kira $10,000.



Pada hari pertama perbicaraan pada Selasa (22 Nov), bagi tuduhan membunuh tanpa niat menyebabkan kematian, pendakwa mendakwa P. Mageswaran menekan bantal pada muka Cik Kanne Lactmy dengan satu tangan, dan mencekik beliau dengan tangan yang satu lagi pada pagi 9 Disember 2013.



Bedah siasat mendapati nenek berusia 62 tahun meninggal dunia akibat dicekik.



Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Mageswaran pernah bekerja untuk anak Cik Lactmy dan menyertai perjumpaan keluarga mereka.



Membuka kes pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Wong Kok Weng berkata pada pagi itu, Mageswaran meminta isterinya dokumen pembelian flat baru itu, dengan berbohong dia mahu menggunakannya untuk meyakinkan majikannya supaya meminjamnya wang bagi membayar deposit RM5,000.



Mageswaran kemudian pergi ke di Tambak Johor dari flat sewanya di Johor tetapi daripada pergi ke kerja, dia pergi ke flat Cik Lactmy di Yishun Street 81.



Rakaman pengawasan di kolong blok menunjukkan dia tiba pada kira-kira 8.35 pagi.



Mageswaran mendakwa dia meminta pinjaman $2,000 hingga $3,000 daripada Cik Lactmy tetapi beliau menjawab beliau tidak ada wang sebanyak itu, kata DPP Wong.



Apabila Cik Lactmy pergi memberus gigi di dalam tandas dapur, Magewaran menggeledah tiga bilik tidur untuk mencuri barang berharga.



Di bilik tidur utama, dia mendapati sebuah kotak mengandungi barang kemas dan beberapa surat kedai pajak gadai.



Pada ketika itu, Cik Lactmy masuk dan meminta Mageswaran memulangkan kotak tersebut. Tetapi Mageswaran mendakwa beliau membiarkan dia mengambilnya.



Apabila Cik Lactmy berkata beliau akan memanggil anaknya, Mageswaran menolaknya ke lantai dan mencekik dan menekan beliau hingga terkulai.



Mageswaran ditangkap rakaman pengawasan menggunakan tangannya untuk melindungi mukanya sambil berjalan turun tangga pada kira-kira 9.35 pagi.



Dia kemudian membuang jaket yang dipakainya dan pulang ke rumahnya di Johor. Dia menggadaikan barang kemas yang dicurinya sebanyak RM26,300 dan membuang surat pajak gadai.



Cik Lactmy disahkan meninggal dunia di hospital pada 1.30 petang.



Jika didapati bersalah membunuh tanpa niat, Mageswaran menghadapi hukuman penjara seumur hidup dan rotan, atau penjara sehingga 20 tahun, sebat atau denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >