Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dituduh bunuh menantu

Jul 13, 2017 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 69 tahun didakwa di mahkamah semalam bagi pembunuhan di Boon Tat Street dekat Robinson Road.



Tan Nam Seng, yang hadir di mahkamah dengan memakai baju kemeja-T berwarna merah dan seluar bermuda berwarna gelap, menghadapi tuduhan membunuh mantan pengarah syarikat perkapalan TNS Ocean Lines, Encik Spencer Tuppani Shamlal Tuppani, 38 tahun, Isnin lalu.



Tan tidak menunjukkan sebarang emosi semasa tuduhan itu dibacakan di mahkamah dalam bahasa Inggeris.



Encik Tuppani, yang meninggal dunia di hospital akibat luka yang dialaminya, merupakan anak menantu Tan.



Menerusi satu kenyataan, anak perempuan tertuduh yang juga isteri mangsa, Cik Tan Cheng Cheng, 43 tahun, berkata ini merupakan tragedi berganda bagi keluarganya.



"Keluarga kami kehilangan orang yang tercinta dan bapa saya yang tercinta pula sedang menghadapi tuduhan serius.



"Anda tidak dapat bayangkan perasaan kami yang amat sedih, tetapi tolonglah cuba faham dan berikan kami ruang," kata Cik Tan yang meminta agar privasi keluarganya dapat dihormati.



Polis sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan bagi meminta bantuan di Boon Tat Street sekitar 1.20 tengah hari Isnin lalu.



Pegawai polis yang tiba di tempat kejadian mendapati Encik Tuppani terbaring kaku tidak bergerak.



Beliau dalam keadaan tidak sedar apabila pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) membawanya ke Hospital Besar Singapura (SGH).



Beliau meninggal dunia di hospital itu sekitar sejam kemudian.



Peguam Tan, Encik Andy Chiok, meminta Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan anak guamnya bercakap dengan keluarganya selama dua minit untuk memastikan bahawa kesihatannya dalam keadaan baik.



Beliau berkata Tan mengalami penyakit kronik namun tidak memberi perincian lanjut.



Apabila Encik Goh bertanya Tan sama ada dia mempunyai ubat bersamanya, dia menjawab ya.



Encik Goh menolak permintaan peguamnya agar Tan dibenarkan bercakap dengan keluarganya kerana siasatan masih dijalankan.



Lebih 12 orang hadir apabila kes itu didengar di mahkamah semalam.



Tan akan ditahan reman di Divisyen Polis Central bagi siasatan sehingga 19 Julai.



Jika sabit kesalahan bagi membunuh, dia boleh dihukum gantung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >