Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dituduh rogol wanita lebih tua dalam tandas

Aug 21, 2021 | 08:46 PM



SEORANG lelaki berusia 28 tahun, Chew Kee Hock, telah didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 52 tahun, Khamis lalu.



Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah tandas di tingkat lima sebuah bangunan di Toa Payoh antara 8.45 malam hingga 9.05 malam, 19 Ogos.



Chew dikatakan telah memaksa wanita itu melakukan aksi seks ke atasnya, dan dia didakwa telah menghantuk kepala wanita itu ke besen dalam percubaannya untuk merogol mangsa.



Polis berjaya mengenal pasti dan menangkap lelaki itu menggunakan rakaman kamera polis dan kamera litar tertutup (CCTV).



Wanita tersebut dikatakan “mengalami kecederaan ringan”.



Tertuduh ditangkap di sebuah unit kediaman di Ang Mo Kio kelmarin dalam tempoh 10 jam selepas laporan dibuat.



Pegawai polis Divisyen Polis Tanglin, Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Komand Keselamatan Pengangkutan Awam dan Pusat Komand Operasi Polis telah bekerja rapat dalam kes itu.



Tertuduh kini direman bagi siasatan lanjut dan akan dihadapkan semula di mahkamah pada Jumaat depan.



Pengarah CID, Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis How Kwang Hwee, memuji semua pegawai yang terlibat dalam menangkap suspek itu dengan pantas.



“Dalam kes ini, rakaman kamera polis dan CCTV telah memainkan peranan penting dalam membantu polis mengenal pasti identiti suspek dengan pantas, dan menangkapnya dalam tempoh 10 jam selepas laporan dibuat.



“Polis memandang serius jenayah seksual dan akan memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan dengan pantas untuk menghadapi sepenuhnya undang-undang,” kata beliau.



Jika disabit kesalahan memperkosa yang diperburukkan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara antara lapan dengan 20 tahun dan boleh disebat sehingga 12 kali.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >