Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Lelaki dituduh rompak wanita guna pisau belit

Nov 12, 2022 | 06:51 PM



Seorang lelaki berusia 24 tahun semalam didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan percubaan merompak ke atas seorang wanita warga emas berusia 64 tahun dengan menggunakan pisau belit.





Tertuduh, Shamsher Singh, didakwa menyerang mangsa dan cuba merompaknya pada Khamis lalu (10 Nov) sekitar 8.30 malam di jejambat di Mountbatten Road.


Dia dituduh cuba menutup mulut mangsa dan mengelar leher serta sikunya dengan pisau belit, mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan teruk.


Mangsa kemudian dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.


Polis berkata semalam (11 Nov), mangsa tidak mengalami kehilangan wang dan berada dalam keadaan stabil.


Sejurus sebelum kejadian, wanita itu dikatakan turun dari bas berdekatan Persatuan Untuk Golongan Pekak Singapura, dan sedang menyeberang di jejambat, untuk mengambil satu bas lain dari arah berlawanan.


Ketika itu, seorang lelaki menghampirinya dan meminta wang, beliau menjerit dan meronta selepas tertuduh meragutnya.


Tertuduh kemudian berlari meninggalkan tempat kejadian, tetapi polis berjaya memberkasnya dalam masa lima jam dengan bantuan kamera keselamatan di kawasan tersebut.


Akhbar bahasa Cina, Shin Min Daily News, melaporkan pihak pendakwa raya memberitahu mahkamah hari ini bahawa Singh memberi jawapan kurang jelas semasa disiasat.


Dia telah ditahan reman selama dua minggu untuk penilaian psikiatrik, dan dijangka kembali ke mahkamah pada 25 November ini.


Jika disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja semasa melakukan rompakan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dirotan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >