Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki guna helah jadi ejen 'sugar daddy' tipu 11 wanita

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang tidak mampu mendapatkan khidmat pekerja seks berpura-pura menjadi ejen bagi 'sugar daddy' yang kaya dan menipu sekurang-kurangnya 11 wanita untuk mengadakan hubungan seks dengannya, kononnya supaya dia dapat 'menguji' mereka.



Apabila dua mangsanya cuba memutuskan hubungan dengannya, De Beers Wong Tian Jun mengancam menyebarkan gambar bogel mereka. Dia juga memberitahu bahawa mereka perlu mengadakan seks dengannya lagi jika mereka mahu menghalang dia daripada melakukan demikian.



'Sugar daddy' istilah bagi lelaki yang bersedia menghabiskan sejumlah besar wang untuk pasangannya, sebagai ganjaran menemani lelaki tersebut.



Wong yang kini berusia 39 tahun mengaku bersalah terhadap 10 tuduhan, termasuk beberapa tuduhan menipu, di mahkamah daerah semalam.



Sebanyak 26 lagi tuduhan akan dipertimbang mahkamah semasa menjatuhkan hukuman.



Pada 2015, Wong melihat iklan pekerja seks di dalam talian dan menyedari bahawa dia tidak mampu mendapatkan khidmat mereka.



Lelaki warga Singapura itu kemudian merancang memuat naik pos di laman web Locanto untuk meminta teman eskort berbayar - yang dia gelarkan sebagai 'sugar babes' - untuk kononnya menawarkan khidmat seks kepada 'sugar daddies', dengan ganjaran wang tunai.



Sekurang-kurangnya 11 wanita yang berusia antara 18 dengan 24 tahun menjawab iklannya itu antara April 2015 dengan Januari 2016.



Wong berbohong kepada mereka, dengan mendakwa bahawa dia mempunyai klien yang boleh membayar mereka antara $8,000 dengan $20,000 sebulan bagi khidmat mereka.



Menurut dokumen mahkamah, dia juga memberitahu wanita tersebut bahawa mereka perlu menghantar gambar bogel mereka kepadanya, bergambar dalam keadaan berbogel dan/atau mengadakan hubungan seks dengannya - yang ada kala dirakam olehnya - untuk mendapatkan klien 'sugar daddy'.



Malah, lelaki itu terus menipu mangsanya dengan mengatakan bahawa perbuatan itu diperlukan supaya mereka dapat dinilai oleh kliennya untuk menentukan sama ada mereka sesuai bagi 'sugar daddy' itu.



Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin $20,000 dan akan dijatuhi hukuman penjara pada 20 April.



Dia boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda bagi setiap tuduhan menipu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >