Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki guna hubungan seks dengan guru lelaki untuk peras ugut

Jan 13, 2016 | 10:17 AM



SEORANG lelaki memeras ugut wang tunai $197,000 dan barang berharga - termasuk empat beg Chanel dan jam tangan Rolex - bernilai $52,000 daripada seorang guru lelaki sebagai syarat untuk dia merahsiakan hubungan seks mereka, mahkamah diberitahu pada Selasa (12 Jan).


Vincent Ng Hian Gee, 35 tahun, yang bekerja dalam bidang jualan, mengaku salah bagi satu pertuduhan memeras $70,000 dan beg Chanel bernilai $3,900 daripada guru berusia 45 tahun itu pada September 2013.


Tujuh lagi pertuduhan akan diambil kira apabila dia dihukum pada 15 Februari.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nicholas Quan memberitahu Hakim Daerah John Ng bahawa dua lelaki itu berkenalan melalui sebuah portal web pada akhir Ogos tahun itu.


Pada awal September, guru tersebut, yang tidak boleh dinamakan, menjemput Ng ke rumahnya dan mereka mengadakan hubungan seks.


Ng kemudian mendapat tahu pekerjaan guru itu dan mula menghantar mesej teks untuk mengganggunya.


Dia menuntut jumlah wang yang besar dan mengancam akan melaporkan hubungan seks mereka kepada Kementerian Pendidikan (MOE) dan sekolah guru tersebut.


Disebabkan bimbang tentang namanya dan kehilangan pekerjaan, guru itu mengalah kepada permintaan Ng, yang meminta $65,000.


Mereka pergi ke DBS Telepark di Tampines Central dan guru itu mengeluarkan $60,000 dan menyerahkannya kepada Ng.


Kemudian, mereka pergi ke kedai Chanel di Marina Bay Sands dan Ng memilih beg bernilai $3,900, yang dibayar oleh guru tersebut.


Guru itu juga memindahkan dua jumlah wang sebanyak $5,000 selama dua hari ke akaun bank Ng.


Mahkamah diberitahu bahawa Ng menggunakan wang itu untuk berjudi di kasino.


Dia telah membayar balik $24,000 daripada wang tersebut dan memulangkan sebuah jam tangan Rolex, rantai emas dan loket emas.


Peguamnya, Encik James Ow Yong, meminta hakim menangguhkan hukuman hingga selepas Tahun Baru Cina kerana Ng mahu menghabiskan masa dengan ibunya yang sakit.


Hukuman maksimum ialah penjara tujuh tahun dan sebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >