Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki hadapi bicara kerana dituduh rogol ibu sendiri

Nov 19, 2015 | 08:09 AM



SEORANG pegawai keselamatan sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi bagi tuduhan merogol ibu kandungnya, 56 tahun, di rumah mereka.


Tertuduh berusia 32 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, menghadapi satu tuduhan rogol dan dua tuduhan mencabul kehormatan.


Semua kesalahan itu didakwa dilakukannya pada 4 Oktober 2013.


Selain didakwa merogol ibunya, dia dituduh menyekat beliau sambil mencium buah dadanya dan memaksa beliau menyentuh dirinya secara seksual.


Lelaki itu, yang kali pertama didakwa pada 2013, pada asalnya dijadualkan mula dibicarakan di mahkamah pada Rabu (18 Nov) dalam perbicaraan lapan hari.


Bagaimanapun, perbicaraan tidak bermula. Sebaliknya, dua peguam terkemuka, Peguam Kanan Harry Elias dan Peguam Kanan Chelva Rajah, hadir di mahkamah.


Perbicaraan ditangguh bagi lelaki tersebut memutuskan apakah dia mahu dua peguam yang ditugaskan di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah Persatuan Undang-Undang itu mewakilinya sebagai peguambela.


Jika dia bersetuju, mereka akan menjadi set ketiga peguamnya.


Pada mulanya, dia diwakili oleh Encik Mathew Kurian dan Encik Rajan Supramaniam, yang didapatkan oleh saudara lelakinya.


Kedua-dua peguam itu kemudian dibenarkan melepaskan diri mereka.


Tertuduh kemudian memohon bantuan di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah.


Peguam keduanya, Encik Gino Hardial Singh, yang mewakilinya Mac lalu, juga tidak lagi bertindak untuknya.


Ditanya mengenai pelibatan peguam kanan itu, jurucakap Persatuan Undang-Undang berkata mereka penyokong kuat skim itu.


Rogol membawa hukuman penjara hingga 20 tahun, dan sebat atau denda.


Hukuman bagi mencabul dengan menyekat ialah penjara antara dua dan 10 tahun dan sebat, sementara tuduhan pencabulan lain membawa hukuman penjara hingga dua tahun, bersama hukuman sebat atau denda, atau kedua-duanya.


Tarikh bagi perbicaraan belum ditetapkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >