Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki hentak kepala bayi di lantai didakwa di mahkamah

Nov 11, 2019 | 09:01 PM



SEORANG lelaki berusia 27 tahun yang didakwa menghentak kepala seorang bayi pada lantai sebuah van menghadapi tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan serius kepada bayi sembilan bulan itu.



Bayi lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia Jumaat lalu (8 Nov) menyusuli kejadian tersebut.



Mohamed Aliff Mohamed Yusoff dikatakan melakukan kesalahan itu di sebuah tempat letak kereta di Blok 840A Yishun Street 81 antara 10 malam Khamis lalu dengan 12.15 pagi keesokan hari, lapor akhbar The Straits Times.



Menurut dokumen mahkamah, kanak-kanak itu bernama Izz Fayyaz Zayani Ahmad.



Namun, dokumen itu tidak menyatakan hubungan tertuduh dengan mangsa.



Akhbar Cina Shin Min Daily News bagaimanapun melaporkan bahawa bayi itu merupakan anak teman wanita tertuduh.



Jika sabit kesalahan, Mohamed Aliff boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >