Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki hilang ketika naik kapal, ditakuti terapung di lautan

Aug 22, 2019 | 04:55 PM



IA kali pertama pesara juruelektrik Encik Goh Hai Peng telah menaiki sebuah kapal pelesiran, dan beliau telah pergi seorang diri.



Kini Encik Goh, 74 tahun, dilaporkan hilang.



Pada 4 Ogos lalu, Encik Goh telah menaiki kapal pelesiran Genting Dream, yang boleh menampung 4,500 penumpang,di Singapura.



Pelayaran selama empat hari, tiga malam itu termasuk perhentian di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi di Malaysia pada 5 dan 6 Ogos.



Kru kapal hanya menyedari Encik Goh tidak berada di atas kapal pada 7 Ogos, apabila penumpang turun di Singapura.



Dream Cruises, pengendali Genting Dream, telah mengesahkan bahawa Encik Goh telah hilang.



Semua barangnya didapati utuh di kabinnya, yang mempunyai sebuah balkoni.



Dalam sebuah e-mel kepada akhbar The New Paper (TNP) pada Ahad (18 Ogos), anak lelaki Encik Goh, Encik Adrian Goh, 30-an tahun, berkata pekerja Dream Cruises telah mengembalikan barang-barang bapanya.



Encik Goh memberitahu wartawan akhbar Cina, Lianhe Wanbao, bahawa rakaman kamera pengawalan kapal menunjukkan bapanya memasuki kabinnya sekitar jam 7 malam pada 4 Ogos, pada hari pertama pelayaran.



Itulah kali pertama dan terakhir Encik Goh dilihat dalam rakaman video.



Rakaman video tidak menunjukkan beliau meninggalkan kabinnya sepanjang pelayaran.



Namun, kamera pengawalan telah merakam sebuah imej putih terjatuh ke laut pada kira-kira 3 pagi hari berikutnya.



Encik Goh memberitahu akhbar Wanbao dia sukar mempercayai bapanya, yang pendek, boleh terjatuh dari balkoni.



Katanya, bapanya bukan seorang penjudi atau peminum arak, dan tidak dirakam memasuki kasino kapal itu. 



Beliau juga tidak mempunyai masalah kesihatan atau kewangan.



"Ayah sepatutnya pergi bersama ibu, tetapi ibu terpaksa menjaga cucu, justeru ayah pergi sendiri," kata Encik Goh.



"Saya percaya ayah tidak akan melakukan sesuatu yang bodoh."



Dalam e-melnya kepada TNP, Encik Goh berkata, keluarga beliau sangat tertekan dengan kehilangan ayahnya.



Beliau berkata keluarganya itu tidak diberikan maklumat seperti sejauh mana operasi mencari dan menyelamat dijalankan atau video rakaman pengawasan kapal sehingga seminggu setelah kejadian itu berlaku.



Jurucakap polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat sekitar 7.50 malam pada 7 Ogos.



Polis sedang menyiasat kejadian berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >