Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki hilang: Usaha mencari di taman alam semula jadi

Feb 20, 2017 | 08:06 AM



SATU kumpulan lebih 70 orang mencari seorang penggemar jalan kaki yang hilang di kawasan alam semula jadi Ahad (19 Feb).



Encik Encik Steward Lee, 27 tahun, dilaporkan hilang pada petang Jumaat, kata kakaknya, Cik Lee Yunqin kepada The Straits Times.



Encik Lee meninggalkan telefon bimbitnya di rumah. Beliau kadang-kadang berbuat begitu tetapi sentiasa memaklumkan keluarganya jika beliau tidak balik, kata Cik Lee.



Ini adalah kali pertama beliau telah hilang.



Keluarganya membuat laporan polis pada Jumaat malam. Polis memuatkan amaran orang hilang di laman Facebook pada petang Sabtu merayu maklumat mengenai Encik Lee.



Pemuda dengan ketinggian 1.79 meter itu kali terakhir dilihat di Blk 407, Fajar Rd pada 2 petang Jumaat lalu. Beliau memakai baju-T hitam dan seluar jeans.



Seorang saksi nampak beliau di Saujana Road pada 2.20 petang, kata Cik Lee.



Sekumpulan rakan-rakan dan ahli keluarganya telah mencari beliau sejak Jumaat malam di Bukit Panjang dan perpustakaan yang kerap kali dikunjunginya, kata Cik Lee.



Pada petang Sabtu, Cik Lee memuatkan rayuan di Facebook bagi mendapatkan sukarelawan mencari di kawasan alam semula jadi.



Encik Lee meredas hampir setiap hari, katanya.



"Kami fikir beliau mungkin berada dalam salah satu taman ... tetapi polis perlukan bantuan mencari di seluruh taman terutama yang kurang direntasi," tulis Cik Lee.



Usaha mencari itu melibatkan lebih 70 orang termasuk pegawai polis, renjer taman, keluarga dan rakan-rakan.



Cik Lee merekrut kira-kira 60 sukarelawan mencari di Simpanan Semula jadi Bukit Timah, Dairy Farm dan kawasan kuari di Mandai, Taman Zhenghua dan koridor rel.



Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline polis di 1800-255-0000 atau menerusi www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >