Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki Indonesia yang masuk ke S'pura secara haram antara 27 kes baru Covid-19

Jun 17, 2021 | 11:34 PM

SEORANG lelaki warga Indonesia yang memasuki perairan Singapura tanpa dokumentasi sah merupakan antara tujuh kes import Covid-19 yang dilaporkan hari ini (17 Jun).

Lelaki itu ditangkap Polis Pengawal Pantai (PCG) dan telah diuji bagi Covid-19.

Dia telah diasingkan dan dibawa ke hospital apabila hasil ujian tersebut didapati positif.

Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, terdapat lagi enam kes import dan 20 kes baru jangkitan dalam masyarakat.

Kes-kes import itu termasuk seorang warga Singapura dan dua penduduk tetap yang tiba dari India, serta tiga pemegang pas kerja dari Indonesia dan Malaysia.

Daripada 20 kes jangkitan dalam masyarakat pula, 19 mempunyai kaitan dengan kes yang pernah dilaporkan dan sudah dikuarantin, sementara yang lagi satu tiada kaitan dengan sebarang kes sebelum ini, kata MOH.

Kes yang tiada kaitan itu melibatkan seorang wanita warga Singapura berusia 72 tahun yang bekerja di McDonald's (Tiong Bahru Plaza) dan sudah menerima kedua-dua dos vaksinasi Covid-19 nya Mac lalu.

Lagi 17 kes baru dalam masyarakat pula dikaitkan dengan kelompok Pasar dan Pusat Makan 115 Bukit Merah View.

Antaranya merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang bersekolah di PCF Sparkletots Preschool (Henderson), dua wanita warga India yang merupakan anggota keluarga beberapa kes yang telah dilaporkan sebelum ini; seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan seorang wanita berusia 23 tahun yang bekerja di Hospital Besar Singapura (SGH).

Dalam kenyataan yang sama, MOH berkata tiada kes baru dalam dormitori pekerja migran dilaporkan hari ini.

Ia menambah bahawa lagi 29 individu sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan bilangan mereka yang telah pulih dari Covid-19 di sini sebanyak 61,960 orang.

Terdapat 151 kes yang disahkan yang masih dirawat di hospital kini dengan satu daripada mereka berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU), tambah kementerian itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3