Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ke-4 dalam pembunuhan di Kallang ditangkap, diserah kepada Singapura

Jan 19, 2017 | 08:41 AM



SEORANG lelaki Sarawak yang menghilang diri selama enam tahun berikutan pembabitannya dalam pembunuhan di Kallang pada 2010 akhirnya ditangkap.



Donny Meluda adalah anggota terakhir kumpulan empat lelaki yang merompak, mencederakan tiga mangsa dan membunuh lelaki keempat. Rakan-rakannya telah ditangkap dan dihukum.



Meluda ditahan petang Sabtu lalu di Lapangan Terbang Sibu selepas tiba dari Kuala Lumpur. Dia telah diserahkan kepada polis Singapura pagi semalam, kata polis Sarawak Penolong Penguasa Mohd Irwan Hafiz.



Said ASP Irwan berkata: "Dia (Meluda) tidak melawan semasa pegawai kami mendekatinya. Penangkapan mudah seolah-olah dia tahu masanya sudah tiba."



Timbalan Pesuruhjaya Polis Singapura Tan Chye Hee berkata penangkapan itu memaparkan "kerjasama yang baik antara Pasukan Polis Singapura dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)".



"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada PDRM kerana terus berusaha mengesan suspek pembunuhan. Dengan bantuan yang tidak ternilai daripada rakan penguatkuasaan undang-undang asing, SPF akan memastikan penjenayah yang melarikan diri akan dihadapkan ke muka pengadilan," kata beliau.



Meluda, yang telah memeluk Islam, kini menggunakan nama Abdul Rahman Abdullah.



ASP Irwan berkata: "Tidak ramai tahu bahawa Meluda telah memeluk agama Islam dan menukar nama. Mungkin kerana itu dia berasa yakin untuk kembara."



Meluda dan tiga rakan jenayahnya - Micheal Garing, Tony Imba dan Hairee Landak - melakukan jenayah itu antara 11 malam pada 29 Mei 2010 dan 7.35 pagi berikutnya. Sebelum membunuh seorang warga India, Shanmuganathan Dillidurai, 41 tahun, kumpulan itu merompak dan menetak tiga lelaki lain - Encik Ang Jun Heng, Encik Sandeep Singh dan Encik Egan Karuppaiah, masing-masing berusia 19, 23 dan 43 tahun ketika itu - di padang berhampiran Kallang Road.



Tiga rakan sejenayahnya telah sabit kesalahan. Meluda dijangka didakwa di mahkamah esok atas kesalahan membunuh dengan niat bersama. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >