Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ke-4 dihadapkan tuduhan bunuh selepas 6 tahun menghilang

Jan 20, 2017 | 03:11 PM



LELAKI Sarawak yang menghilang diri lebih enam tahun selepas dikatakan terlibat dalam kes pembunuhan di Kallang pada 2010 dihadapkan ke mahkamah Jumaat (20 Jan) atas tuduhan membunuh.



Abdul Rahman Abdullah, juga dikenali sebagai Donny Meluda, 25 tahun, dituduh menjadi sebahagian daripada kumpulan yang membunuh warga India Shanmuganathan Dillidurai, 41 tahun, di sebuah padang di Kallang Road berhampiran kondominium Riverine by the Park antara 12.12 tengah malam dengan 7:34 pagi pada 30 Mei 2010.



Dia kini ditahan reman di Divisyen Polis Central dengan izin dibawa ke luar untuk siasatan.



Abdul Rahman, yang tidak diwakili peguam, akan kembali ke mahkamah pada 27 Jan.



Tiga rakannya yang dikatakan melakukan jenayah itu, kesemua dari Sarawak, telah dijatuhi hukuman.



Dua daripada mereka - Micheal Garing, 27 tahun, dan Tony Imba, 37 tahun - disabitkan kesalahan membunuh pada 2014 selepas perbicaraan 12 hari.



Pada 2015, Hakim Choo Han Tek menjatuhi hukuman mati ke atas Garing manakala Imba dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan 24 sebatan.



Lelaki ketiga, Hairee Landak, 23 tahun, dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan pada 2013 selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan rompakan bersenjata dan mencederakan.



Jika sabit kesalahan membunuh, Abdul Rahman akan menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >