Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki keempat dituduh bunuh warga Amerika pada malam Krismas

Jan 08, 2016 | 03:09 PM



SEORANG lelaki keempat, juga warga Singapura, telah didakwa membunuh seorang stuntman Amerika Syarikat dalam satu kejadian di Circular Road pada malam Krismas tahun lepas.


Masazlie Mohamed Salleh, 42 tahun, yang sebelum ini dikenakan pertuduhan merusuh, dikenakan tuduhan pindaan membunuh pada Jumaat (8 Jan).


Dua dituduh menyebabkan kematian Encik John Denley Nelson, seorang stuntman berusia 30 tahun Universal Studios Singapura (USS).


Jika sabit kesalahan, dia menghadapi hukuman mati, atau penjara seumur hidup serta rotan.


Masazlie kini ditahan di Divisyen Polis Central. Kesnya akan didengar lagi pada 12 Jan.


Pada Khamis (Jan 7), tiga lelaki warga Singapura didakwa membunuh dan seorang dituduh merusuh berkaitan kematian Encik Nelson.


Muhammad Khalis Ramlee, Muhammad Haziq Hashim and Muhammad Izzuandy Yusof, semuanya 23 tahun, dituduh sengaja menyebabkan kematian Encik Nelson.


Mereka menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Syed Muhammad Salleh Syed Salahuddin, juga 23 tahun, didakwa merusuh dengan menjadi sebahagian daripada satu perhimpunan haram yang terdiri daripada 17 orang, termasuk Masazlie, Khalis, Haziq dan Izzuandy.


Kumpulan itu dikatakan menyerang lapan orang, termasuk Encik Nelson. Salleh boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun dan rotan jika sabit kesalahan.


Lapan lagi orang menghadapi tuduhan merusuh berkaitan kematian Encik Nelson.


Menurut dokumen mahkamah, 15 daripada 17 orang yang dikatakan menyerang mendiang telah dikenal pasti.


Encik Nelson, yang berasal dari Michigan di Amerika, datang ke Singapura pada 2009 untuk bekerja di USS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >