SEORANG lelaki kelahiran Singapura telah dikenakan hukuman penjara selama 16 tahun dan lima bulan atas kesalahan mengedar dadah di Australia.
Mahkamah menyatakan bahawa beliau berubah semasa berada di Singapura tetapi kembali terkait dengan dadah selepas pulang ke Melbourne.
Cain Quah, 31 tahun, mengaku bersalah atas beberapa tuduhan di Melbourne tahun lalu, dan yang paling serius adalah tuduhan mengedar dadah methylamphetamine, atau Ice, sekitar 3 kilogram serta memiliki pistol yang tidak berdaftar.
Berdasarkan nilai anggaran, penjualan dadah tersebut boleh meraih keuntungan sebanyak AS$2 juta ( $1.87 juta).
Beliau merupakan pesalah pertama yang dikenakan hukuman atas kesalahan mengedar dadah komersial di bawah piawai yang diubah di Australia, yang antaranya, melarang sebarang parol sebelum 60 peratus hukuman dijalankan.
Quah ditemui dengan dadah Januari lalu setelah pihak polis menggeladah flatnya di Southbank, di mana beliau menetap dengan pasanganya.
Selain pistol, wang tunai sekitar $90,000, sedikit kokain dan senjata seperti pisau dan Kubotan- senjata yang berbentuk seperti pena- turut ditemui.