Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki Korea Selatan didenda $7,300 serang dua warga SG, maki hamun polis

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki warga Korea Selatan, yang disoal siasat oleh polis ketika mabuk, telah menyerang dua warga Singapura di Clarke Quay, memaki hamun seorang pegawai polis serta menjerit ke arah kedua-dua mangsa.



Semalam, Kim Eui Woong, 36 tahun, yang bekerja di sebuah bank ketika itu, mengaku bersalah atas tiga tuduhan bagi kesalahan termasuk menyebabkan kecederaan secara sengaja.



Dia didenda $7,300.



Dua lagi tuduhan diambil kira semasa menjatuhkan hukuman, lapor akhbar The Straits Times.



Pada petang 12 Mac 2020, Kim meminum dua botol bir dan sebotol arak soju di sebuah restoran Korea.



Dia kemudian meminum sebotol wiski di Club Illusion di Clarke Quay sehingga mabuk sebelum berangkat dari tempat itu sekitar 3 pagi.



Apabila dia melihat dua orang yang tidak dikenali - Encik Law Beng Chong, 47 tahun, dan Cik Lim Seongyeon, 25 tahun - Kim mula mengutuk mereka dan menerjah ke arah mereka.



Dia menolak Cik Lim dan menumbuk muka Encik Law sebanyak dua kali, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Encik Darren Sim.



Polis tiba sekitar 3.15 pagi dan menyedari bahawa Kim menjadi semakin gelisah ketika seorang pegawai bercakap dengan mangsa.



Kim terus mendekati mereka berdua, enggan memberikan kerjasama kepada pegawai polis, dan mengeluarkan telefonnya untuk merakam kejadian tersebut.



Dia menjerit berulang kali ke arah mangsa, mengutuk seorang pegawai dan berkata dia akan menyaman mereka semua.



Dia juga melontarkan kata-kata kesat kepada pegawai polis itu sambil berkata sebanyak tiga kali: "Saya mahu masuk penjara."



Meminta agar Kim dijatuhkan hukuman penjara selama seminggu dan denda $2,800, DPP Sim berkata dalam hujahnya:



"Cara serangan itu amat ganas... Serangan tersebut tidak diprovokasi dan hanya satu pihak yang melakukannya."



Beliau juga menyatakan bahawa tiada kecederaan serius berlaku dan Kim telah membayar pampasan kepada mangsa.



Jumlah tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.



Peguam bela tertuduh, Encik Andre Jumabhoy dan Cik Elaine Low, telah meminta hakim memberikan denda $5,000, sambil menambah bahawa Kim telah bertanggungjawab atas kesalahannya dan menghentikan pengambilan alkohol.



Kim juga telah bercadang untuk memulakan perniagaan tetapi gagal akibat pandemik Covid-19.



"Tidak pasti dengan masa depannya, dia keluar dan minum lebih banyak daripada yang biasa diambilnya," kata Encik Jumabhoy, sambil menambah bahawa Kim telah berkahwin dengan warga Singapura selama sekitar empat tahun dan memegang ijazah sarjana.



Mereka yang secara sengaja menyebabkan kecederaan boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >