Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki lagak sebagai polis untuk tipu dijel 3 minggu

Jun 28, 2016 | 03:35 PM



SEORANG lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dan cuba menipu seorang warga China supaya menyerahkan $6,000 kepadanya dihukum penjara tiga minggu pada Selasa (28 Jun).



Sherman Lim Chiang Khai akan merayu dan ditawarkan ikat jamin $20,000.



Lim, 29 tahun, mengaku bersalah menyamar sebagai pegawai polis kepada Cik Liang Yan, 29 tahun, di unitnya di Balestier Road pada 23 Oktober tahun lepas.



Dia juga mengaku mempunyai telefon bimbit yang didapatkan dengan menipu dan didenda $1,500.



Tiga pertuduhan lain menyamar sebagai pegawai polis diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ng Jean Ting berkata pada 23 Okt tahun lepas, Lim menelefon Cik Liang untuk membuat janji temu selepas beliau mengiklankan perkhidmatan urutnya di laman web.



Apabila Lim tiba, Cik Liang membawanya ke dalam biliknya. Lim kemudian memberitahu beliau kononnya dia pegawai polis dan menunjukkan dua kad putih dan biru kepadanya.



Cik Liang tidak dapat membaca perkataan pada kad itu kerana beliau tidak faham bahasa Inggeris.



Apabila Lim meminta beliau mengemukakan dokumen pengenalannya, Cik Liang merayu kepada Lim agar tidak menangkapnya.



Lim berkata dia boleh melepaskan Cik Liang jika beliau membantunya. Lim berkata dia ada masalah kewangan dan meminta beliau memberinya $6,000. Cik Liang berkata berulang kali beliau hanya ada $100.



Lim akhirnya pergi selepas memberitahu beliau supaya memadam nombor telefonnya serta mesej teks mereka.



Cik Liang melaporkan perkara itu kepada polis, yang memberitahunya supaya menghubungi mereka jika Lim menghubunginya lagi.



Lima hari kemudian, Lim menghubungi Cik Liang dan mengatur satu janji temu.



Dia datang ditemani seorang lelaki berusia 34 tahun dalam keretanya. Sementara itu, Cik Liang menghubungi polis.



Pada petang itu, Lim dan rakannya ditangkap.



Sebuah telefon ditemui dalam but kereta itu. Lim memberitahu polis dia mendapatkan telefon tersebut dengan menipu seorang pelacur yang tidak diketahui.



Hakim Daerah Salina Ishak akur dengan DPP bahawa kesalahan Lim melibatkan isu berkaitan kewibawaan pasukan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >