Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki laku serangan seks ke atas budak perempuan 11 tahun, berinya dadah

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



TIDAK lama selepas dibebaskan dari penjara kerana kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, seorang lelaki yang mempunyai kecenderungan pedofil mula mencari lebih ramai mangsa.



Muhammad Hisham Abdul Karim, kini 34 tahun, berbaik-baik dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun, di Instagram pada 2017 dan meminta budak itu bertemunya untuk melakukan seks beberapa kali.



Dalam satu kejadian, Hisham memberi dadah methamphetamin, atau Ice, kepada budak itu, yang dia kemudian hisap sebelum mereka melakukan seks di atas sebuah lori, lapor akhbar The Straits Times.



Hisham menggunakan cara sama untuk menghubungi enam lagi budak perempuan berusia 10 hingga 12 tahun dengan hrapan mereka akan bersetuju melakukan kegiatan seks bersamanya.



Semalam, pemandu lori itu dihukum penjara 20 tahun dan rotan 24 kali. Tempoh penjara yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi itu lebih lama dari 16 tahun yang diminta pendakwa raya.



Hakim Mavis Chionh berkata kesalahan Hisham "dirancang terlebih dahulu dan dirancang secara licik," dan dia menghubungi mangsa dan menyarankan mereka melakukan seks walaupun dia sedar sepenuhnya mangsanya murid sekolah rendah.



Hakim juga berkata hukumannya sebelum ini "tidak membawa sebarang pengajaran baginya".



Hisham mengakui bersalah bagi empat tuduhan serangan seksual teruk melalui penembusan seksual ke atas seorang mangsa berusia 11 tahun, yang di bawah undang-undang dianggap tidak berupaya memberi keizinan berbuat demikian pada 2017.



Sebanyak 11 tuduhan lain diambil dalam pertimbangan, termasuk enam tuduhan cuba melakukan perbuatan tidak senonoh bersama budak perempuan lain antara November 2018 dengan September 2019.



Mahkamah diberitahu bahawa Hisham dipenjara penjara 10 bulan pada Mac 2016 kerana melakukan penembusan seks ke atas remaja 15 tahun itu.



Selepas dibebaskan pada Mei 2017, dia mendapati mangsa berusia 11 tahun itu dan rakan sekolah rendahnya berada dalam Instagram, dan memohon menjadi kawannya dan budak itu setuju.



Mereka terus saling mengirim teks. Hisham berkata dia ingin melakukan kegiatan seks bersama budak perempuan itu dan dia setuju.



Hubungan mereka menjadi muram pada November tahun itu dan mereka berhenti menghubungi satu sama lain.



Pada Februari 2020, mangsa menghadiri sesi bersama seorang pekerja kes dan mendedahkan dia melakukan hubungan seks dengan Hisham pada 2017. Laporan polis dibuat oleh pegawai Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga pada hari yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >