Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki langgar lori, tumbuk polis dan cuba larikan diri

Jan 11, 2017 | 07:54 AM



SEORANG lelaki yang terlibat dalam satu kemalangan di Woodlands pada Isnin (9 Jan) dikatakan menumbuk seorang pegawai polis, menunjukkan tanda lucah pada pegawai lain, dan cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap.



Dalam kejadian itu, sebuah kereta Honda kelabu dikatakan melanggar belakang sebuah lori di simpang Admiralty Road dan Riverside Road.



Semasa memberi keterangan kepada pegawai polis trafik, pemandu kereta itu mula marah-marah dengan menggunakan tangannya dan kemudian melarikan diri.



Sambil berlari, dia berpaling ke belakang dan menunjukkan tanda lucah menggunakan jari hantunya pada empat pegawai polis yang mengejarnya.



Selepas kira-kira setengah kilometer, lelaki itu berlari dengan perlahan dan dapat ditangkap.



Menurut polis, ia diberitahu mengenai kemalangan itu sekitar 10.23 pagi.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan sebuah ambulans ke tempat kejadian selepas dimaklumkan pada 10.07 pagi.



Pemandu lori tersebut dan penumpang beliau, kedua-duanya lelaki, dibawa dalam keadaan sedar ke Hospital Khoo Teck Puat.



Pemandu kereta berusia 24 tahun itu kemudian ditahan, kata jurucakap polis.



Dia akan dikenakan tuduhan kerana menyerang seorang pegawai polis semasa ditangkap, kata polis dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.



"Semasa pegawai polis trafik menangkap pemandu kereta itu kerana disyaki terlibat dalam kesalahan lalu lintas dan berkaitan dadah, lelaki itu menolak dan menumbuk seorang pegawai," menurut kenyataan akhbar itu.



Dia akan didakwa bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan untuk menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.



Kesalahan itu membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun, denda, rotan, atau gabungan tiga hukuman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >