Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki Lebanon yang tinggal di Mandarin Orchard antara kes Covid-19 baru di S'pura

Dec 27, 2020 | 08:14 AM



SEBANYAK 10 kes Covid-19 baru disahkan pada Sabtu (26 Dis), termasuk seorang warga Lebanon yang didapati dijangkiti koronavirus itu setelah menyelesaikan sebahagian notis jangan keluar rumah (SHN) di hotel Mandarin Orchard Singapore. 


Kementerian Kesihatan (MOH) berkata beliau dipindahkan ke satu lagi kemudahan khusus Ahad lalu apabila kementerian itu mula menyiasat 13 kes Covid-19 yang telah menjalani SHN mereka di hotel tersebut.


13 kes itu, yang datang dari 10 negara berbeza, dijangkiti oleh jenis koronavirus dengan "kesamaan genetik tinggi", yang menandakan bahawa jangkitan itu mungkin datang daripada satu sumber dan mungkin berlaku di hotel tersebut.


Lelaki Lebanon berusia 37 tahun itu mungkin dijangkiti Covid-19 setelah tiba di Singapura, menurut MOH. Beliau ke sini dari Qatar.


Pemegang pas lawatan jangka pendek itu melakukan swab Covid-19 pada 19 dan 21 Disember dan keputusannya negatif.


Swab pada 24 Dis, di akhir SHN, didapati positif, manakala ujian serologi, yang menentukan sama ada ia adalah jangkitan lama, memberi keputusan negatif.


"Siasatan sedang dijalankan untuk melihat sama ada beliau mungkin berkait dengan 13 kes itu," kata MOH.


Kesemua 10 kes yang disahkan pada Sabtu adalah kes import.


Dua daripada mereka adalah warga Singapura yang pulang dari United Kingdom.


Lima adalah warga India, yang terdiri daripada satu pemegang permit keja, tiga pemegang pas tanggungan, dan satu pemegang pas lawatan jangka pendek.


Baki dua kes melibatkan satu warga Bangladesh yang memegang permit kerja dan satu warga Malaysia yang memegang pas lawatan jangka pendek.


Sebanyak 10 kes telah sembuh dan dibenarkan pulang pada Sabtu, menjadikan jumlah 58,347 yang telah pulih sejauh ini. 


Seramai 37 pesakit masih dirawat di hospital dan lagi 91 kes masih dipantau di kemudahan masyarakat.


Sebanyak 29 kematian akibat komplikasi Covid-19 telah dilaporkan di Singapura sejauh ini. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >