Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES REMAJA HILANG FELICIA TEO

Lelaki lepas tuduhan bunuh tapi tidak bawa pada pembebasan

Dijangka mengaku salah letak mayat di tempat awam
Jun 28, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang didakwa membunuh Cik Felicia Teo Wei Ling pada 30 Jun 2007 telah dilepaskan tetapi tidak membawa kepada pembebasan (DNATA) semalam bagi dakwaan membunuh yang dihadapinya.



Namun, dia dijangka mengaku bersalah minggu depan bagi kesalahan lebih ringan termasuk bagi tuduhan meletakkan mayat mangsa di tempat awam secara terlarang.



Individu yang diberikan DNATA masih boleh didakwa bagi jenayah yang berkaitan dengannya sekiranya bukti atau maklumat relevan timbul kemudian.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana Cik Teo, 19 tahun, meninggal dunia dan siapa bertanggungjawab bagi kematiannya.



Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee, 37 tahun, menghadapi tuduhan membunuh wanita itu di sebuah flat di Blok 19 Marine Terrace.



Seorang lagi lelaki, Encik Ragil Putra Setia Sukmarahjana, yang berusia 18 tahun ketika kejadian tersebut, turut didakwa terlibat.



Pihak pendakwa mengusulkan agar Ahmad dilepaskan tetapi tidak membawa kepada pembebasan kerana Encik Ragil, seorang warga Indonesia, masih belum dapat dikesan.



Timbalan Pendakwa Raya, Encik Yang Ziliang, dan Encik R. Arvindren, berkata pihak pendakwa masih menantikan penangkapan Encik Ragil.



Peguam tertuduh minta pelepasan yang membawa kepada pembebasan tetapi ditolak



Mereka memberitahu Hakim Daerah, Encik Eugene Teo, bahawa pihak berkuasa telah berusaha dan terus berusaha sewajarnya untuk menjejak Encik Ragil, dengan pihak berkuasa Indonesia turut dimaklumkan dan juga sedang cuba menjejaknya.



"Ini bukan kes di mana polis telah berusaha selama bertahun-tahun untuk menjejak tertuduh bersama.



"Usaha menjejaknya hanya bermula selepas tertuduh ditangkap satu setengah tahun lalu dan fakta baru timbul semasa siasatan," ujar mereka sambil menambah, tiada bukti juga yang menunjukkan Encik Ragil sudah meninggal dunia.



Ahmad diwakili peguam, Encik Shashi Nathan, Cik Tania Chin dan Cik Laura Yeo daripada firma Withers KhattarWong.



Semalam, Encik Nathan menggesa mahkamah untuk memberi anak guamnya pelepasan yang membawa kepada pembebasan, yang bermakna dia tidak boleh didakwa lagi dengan tuduhan yang sama.



Tambahnya, usulan pihak pendakwa agar Ahmad dilepaskan tetapi tidak membawa kepada pembebasan bermakna anak guamnya akan terus dibelenggu tuduhan membunuh.



Encik Nathan berkata Ahmad dan keluarganya telah melalui masa yang amat sukar, dengan isterinya terpaksa berpindah dari rumahnya kerana ada orang yang mengganggunya.



Tambahnya, mayat Cik Teo juga belum ditemui tetapi pihak berkuasa hanya menemukan serpihan tengkorak di tempat Ahmad didakwa meninggalkan mayat wanita itu sekitar kawasan Punggol Track 24 pada atau sekitar 30 Jun 2007.



Encik Nathan berkata pihak pendakwa memberitahunya bahawa mereka mahu menghantar serpihan tengkorak itu ke Amerika Syarikat untuk diuji namun beliau belum menerima sebarang maklumat terkini berhubung hal tersebut.



Encik Teo, yang memberi Ahmad pelepasan namun tidak membawa kepada pembebasan, akur akan keprihatinan Encik Nathan bahawa Ahmad akan terus dibelenggu tuduhan bunuh dan beliau bersimpati dengan hal itu.



Bagaimanapun, Encik Teo berkata mungkin akan ada semakan pada masa akan datang dan beliau menerima usulan pihak pendakwa.



"Berdasarkan apa yang kita ada sekarang, saya bersetuju tiada asas untuk memberi pelepasan yang membawa kepada pembebasan," ujarnya.



Ahmad juga dikenakan enam lagi tuduhan semalam, dengan kesemuanya turut menyatakan nama Encik Ragil.



Kedua-duanya didakwa meletakkan mayat Cik Teo sekitar Punggol Track 24 pada atau sekitar 30 Jun 2007 dan didakwa mengambil beberapa barang milik Cik Teo seperti telefon bimbitnya.



Dia dijangka mengaku bersalah terhadap tuduhan terkininya pada 6 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >