Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki M’sia dituduh bunuh rakan senegara di Geylang

Jun 16, 2018 | 03:18 PM



SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 30 tahun didakwa pada Sabtu  (16 Jun) membunuh  seorang rakan senegaranya  semasa satu pegaduhan  di Geylang.



Sasitharan Ramasamy   didakwa di Mahkamah Negeri  menyebabkan kematian Nelson Nathan Selvaraja, 29 tahun, pada Jumaat antara 7.47 pagi dan 8.18 pagi.



Sasitharan, yang memakai kemeja biru dan kelabu, tidak menunjukkan sembarang  emosi semasa  pertuduhan dibacakan, lapor akhbar The Straits Times dalam talian.



Kertas pertuduhan   tidak menyatakan hubungan antara mereka.



 Akhbar  Cina Shin Min Daily News melaporkan bahawa mereka dipercayai adalah  kawan dan tinggal di rumah penginapan  tempat pergaduhan itu  berlaku.



Mangsa ditemui di sebuah unit lantai tiga di 218 Geylang Road, sebuah bangunan empat tingkat yang menempatkan sebuah kedai kopi di tingkat bawah dan unit kediaman di tingkat atas.



Beliau  dipercayai mengalami kecederaan kepala, walaupun tidak jelas apakah ia   punca kematiannya.



Sasitharan  ditahan di Divisyen Polis Central    dan akan kembali ke mahkamah pada 22 Jun.



 Dia menghadapi hukuman mati jika disabitkan dengan pembunuhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >