Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:25
Maghrib
7:19
Isyak
8:27
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Lelaki mati disengat tebuan di Hillview semasa cari rambutan

Jul 10, 2019 | 08:15 AM

SEORANG pesara berusia 66 tahun, yang juga seorang bapa tunggal yang telah membesarkan dua orang anaknya selepas isterinya meninggal dihempap pokok, meninggal dunia Jumaat lalu selepas disengat tebuan. 

Encik Quek Lye Seng sedang memetik rambutan dan durian seorang diri sekitar 3 petang pada hari itu di hutan di Hillview berdekatan Bukit Timah apabila beliau menemui serangga tersebut, menurut anak lelakinya semasa ditemui akhbar The Straits Times di upacara kematian malam semalam. 

Encik Quek meninggal dunia setelah toksin menyebabkan organ-organ penting dalam tubuhnya berhenti berfungsi. 

Salah seorang anak beliau, eksekutif pemasaran yang enggan memberikan namanya, berkata selepas bapanya diserang tebuan beliau sempat lari ke stesen MRT Hillview untuk meminta bantuan, dan seorang pejalan kaki telah menelefon ambulans untuknya. 

Beliau kemudian dihantar ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan di Hospital Besar Ng Teng Fong dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana beliau telah meninggal dunia sekitar 9 pagi keesokan harinya. 

Berita Popular

“Bapa saya seorang pesara, jadi untuk penuhi masa lapangnya beliau suka keluar untuk mencari durian dan rambutan. Pada hari itu, beliau terkacau beberapa ekor tebuan yang telah menyengat dan menyerangnya,” kata anaknya. 

Encik Quek telah membesarkan kededua anak lelakinya, yang kini berusia 30 dan 32 tahun, selepas isterinya Cik Ho Siew Lan, dihempap pokok yang tumbang di Taman Semulajadi Bukit Batok pada Mei 2007. 

Cik Ho  pada masa itu sedang berada di taman tersebut bersama dua temannya. Kejadian itu merupakan kematian pertama akibat pokok tumbang yang dicatatkan dalam rekod NParks. 
 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map