Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki maut dengan pagar jalan tembusi kereta, lengan putus dalam nahas di PIE

Nov 03, 2016 | 09:40 AM



SEORANG lelaki maut di tempat kejadian dalam satu kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada awal pagi Rabu (2 Nov).



Pagar jalan menembusi kereta lelaki 40 tahun itu dan memutuskan tangan kirinya, dengan lengannya boleh dilihat di atas jalan.



Kemalangan itu berlaku di bahagian PIE arah ke Changi selepas jalan susur keluar Upper Jurong Road pada kira-kira 1.40 pagi.



Seorang perniaga, Encik Muhammad Azhari, 32 tahun, memberitahu akhbar The Straits Times beliau dalam perjalanan pulang dari Johor Baru melalui Pusat Pemeriksaan Tuas apabila terserempak kereta remuk itu.



Beliau memuat naik gambar di Facebook dan memberi amaran kepada pemandu lain supaya berhati-hati ketika memandu di kawasan itu, yang terletak berhampiran Institut Tentera SAFTI.



"Harap perlahan apabila melalui PIE arah ke Changi, di selekoh berbahaya di bawah jambatan SAFTI. Terutama yang melalui PIE dari Pusat Pemeriksaan Tuas," tulis beliau pada kira-kira 3 pagi.



"Saya membantu dalam satu kemalangan maut di mana pagar jalan menembusi kereta dari belakang, memutuskan tangan kiri pemandu. Pemandu meninggal dunia di tempat kejadian."



Gambar menunjukkan sebahagian daripada lengan lelaki itu yang terputus terjatuh di jalan raya, beberapa meter dari kereta beliau.



Pemandu sebuah kereta yang berhenti sebelum beliau menghubungi polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), menurut Encik Muhammad.



"Saya pergi memeriksa pemandu itu tetapi beliau sudah tidak bergerak-gerak. Saya perhatikan pagar jalan menembusi kenderaan itu, dengan sebahagian besarnya, kira-kira lima meter panjang, masih di dalam kereta itu," katanya.



Beliau dan pemandu yang menghubungi polis itu tidak pasti apakah lengan di atas jalan itu lengan mangsa atau ada orang lain di dalam kereta tersebut. Oleh itu, mereka memeriksa di semak berdekatan untuk memastikan tiada penumpang tercampak keluar dari kereta tersebut.



"Oleh kerana lokasi itu selekoh, kami menggunakan lampu dari telefon bimbit untuk memberi amaran kepada kenderaan dari arah depan," kata Encik Muhammad, sambil menambah beberapa pemandu lain berhenti untuk membantu kemudian.



SCDF mengerahkan dua kereta bomba dan ambulans ke tempat kejadian.



Polis masih menyiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >