Lelaki maut dilanggar kereta api di Stesen LRT Fajar

SEORANG lelaki maut selepas dilanggar sebuah kereta api di LRT Bukit Panjang awal Jumaat (24 Mac).

Lelaki itu dikatakan jatuh ke landasan di Stesen Fajar pada 1 pagi.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya menerima panggilan pada 1:05 pagi dan menghantar sebuah kereta bomba dan ambulans.

"Seorang lelaki Cina disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik," kata SCDF.

Penduduk berkata mereka tidak melihat apa-apa yang luar biasa malam tadi, namun sebahagian mereka terdengar bunyi dari stesen.

"Saya ada dengar satu bunyi sekitar 1 pagi, tetapi saya sangka pekerja sedang bekerja," kata seorang pembantu rumah, Cik Asrotulida, 30 tahun.

Ini bukan kematian pertama di laluan LRT yang dibuka pada 1999.

Pada 2000, Encik See Chau Lai, seorang pembantu penjaja, maut selepas dilanggar sebuah kereta api berhampiran Stesen Jelapang di laluan LRT yang sama. Siasatan koroner mendapati beliau berjalan di trek selepas terlalu banyak minum.

Itu merupakan kematian pertama sejak LRT Bukit Panjang mula beroperasi.

Pada 2010, seorang juruteknik LRT meninggal dunia akibat kecederaan selepas dilanggar kereta api di Stesen Phoenix. Mr Chia Teck Heng telah memeriksa kereta api kuasa antara stesen Phoenix dan Bukit Panjang.

Bulan ini, SMRT didenda $400,000 kerana kemalangan maut pada 22 Mac tahun lalu apabila dua pelatih dilanggar sebuah kereta api tidak lama selepas mereka melangkah ke landasan. - ST