Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki maut terkena botol kaca yang dibuang dari tingkat tinggi

Aug 21, 2019 | 08:06 AM



SEORANG lelaki, 74 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya apabila sebuah botol kaca yang dibuang dari flat kondominium 35 tingkat di Spottiswoode Park terkenanya.



Menurut dua anak sulung Encik Nasiari Sunee, bapa mereka, seorang pemandu penghantaran, berada di kondominium Spottiswoode 18 untuk menghadiri satu acara doa selamat rumah baru pada malam Ahad (18 Ogos), apabila insiden berlaku. 



Bercakap kepada akhbar The Straits Times selepas pengebumian ayah mereka pada Selasa (20 Ogos), mereka berkata Encik Nasiari baru sahaja duduk di meja di kawasan pit barbeku kondominium itu untuk menikmati juadah yang tersedia apabila terkena botol gelas itu.



Isteri dan saudara mara Encik Nasiari turut bersamanya apabila insiden berlaku.



 "Tiba-tiba saudara mara kami terdengar satu dentuman kuat, dan kemudian diikuti dengan satu lagi dentuman. Mereka lalu sedar yang ayah jatuh dan kepalanya berdarah," kata Cik Nas Suriati Nasiari, anak sulung dari empat beradik keluarga itu.



"Mereka juga melihat botol kaca di atas meja," tambah pengurus perkhidmatan berusia 44 tahun itu.



Seorang saudara, yang merupakan seorang jururawat, membantu merawat Encik Nasiari, sebelum beliau dibawa ambulans ke Hospital Besar Singapura (SGH) pada 8.35 malam.



Menurut Cik Suriati lagi, degupan jantung ayahnya berhenti tiga kali semasa dalam rawatan.



Keluarganya membuat keputusan untuk tidak menyedarkannya semula melalui pernafasan artifisial jika jantung beliau berhenti buat kali keempat. 



Tekanan darah Encik Nasiari menjunam keesokan harinya dan beliau meninggal dunia sekitar 9 pagi pada Isnin, kata anak lelaki mangsa, Encik Nas Muhammad Nasta'in Nasiari.



Cik Suriati berkata keluarganya telah membuat laporan polis berikutan insiden itu, dan cuba mencari pesalah yang membuang sampah itu.



Polis, yang masih menyiasat kejadian itu, berkata kes tersebut diklasifikasikan sebagai perbuatan cuai yang menyebabkan kematian.



Pada 2018, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melaporkan lebih 1,200 kes sampah yang dibuang dari tempat tinggi. 



Kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di lebih 1,000 kawasan yang kerap menghadapi masalah pembuangan sampah dari tempat tinggi.

 



Encik Nasta'in menyifatkan ayahnya, yang mempunyai sembilan orang cucu, sebagai seorang yang amat disayangi oleh keluarga dan jiran tetangga.



"Malah, ramai saudara mara yang memanggilnya 'ayah',"tambah beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >