Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki mengaku bersalah lempar tulang babi mentah di balkoni masjid

Sep 09, 2021 | 05:17 PM



SEORANG lelaki berusia 57 tahun melemparkan tulang babi mentah ke arah balkoni sebuah masjid, tanpa menghiraukan jemaah yang melihat kelakuannya.


Warga Singapura Lim Beng Wei mengaku bersalah pada Khamis (9 Sept) atas tuduhan mengganggu orang ramai.


Dua lagi tuduhan mengganggu orang ramai - satu kerana melemparkan satu lagi tulang dan satu lagi kerana mencampak mentega ke arah bumbung Muzium Kotak Muzik Singapura di 168 Telok Ayer Street - akan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan oleh mahkamah nanti.


Dokumen mahkamah menyatakan Lim membeli dua tulang babi mentah, antara lain, daripada sebuah pasar raya di Tanjong Pagar pada pagi 14 Januari.


Dia menuju ke Masjid Al-Abrar, yang terletak di 192 Telok Ayer Street, dengan tujuan melemparkan tulang itu ke arah masjid tersebut.


Apabila tiba di bangunan itu, dia mengeluarkan satu tulang daripada bungkusannya dan melemparkannya ke arah balkoni tingkat dua masjid itu.


Mahkamah diberitahu tindakannya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) bangunan tersebut.


Rakaman CCTV itu kemudian dilihat oleh pegawai polis, yang sedang menyiasat panggilan yang mendakwa ada orang telah merosakkan premis Muzium Kotak Muzik Singapura. Muzium itu terletak berhampiran masjid tersebut.


Menurut laporan Dr Yap Lee Shen dari Institut Kesihatan Mental, Lim mengalami kekambuhan penyakit skizofrenia paranoid pada masa kesalahan itu dilakukan.


Dia pertama kali disahkan menghidap keadaan mental itu pada 1998, dan dinilai mengalami kekambuhan pada 2011 dan 2018.


Simptom psikotiknya telah menyumbang kepada kelakuan kesalahan itu, kata laporan tersebut.


Lim juga mengaku tidak mematuhi arahan pengambilan ubat sepenuhnya pada waktu itu.


Tetapi Dr Yap berkata lelaki itu bukannya tidak waras pada waktu itu - dia sedar tentang "bentuk dan mutu tindakannya".


Mahkamah diberitahu Lim telah melakukan kesalahan lain sebelum itu, termasuk perbuatan nakal (mischief). Dia kali terakhir dihukum pada 2019 dengan perintah rawatan mandatori (MTO) selama dua tahun.


Ini bagi kesalahan memecahkan gelas di beberapa lif, menurut laporan lalu oleh akhbar bahasa Cina, Lianhe Wanbao.


Pesalah yang diberi MTO akan menjalani rawatan bagi keadaan mental mereka sebagai pengganti masa penjara.


Pada Khamis, Hakim Daerah Kessler Soh meminta laporan yang menilai kesesuaian Lim untuk satu lagi MTO.


Lim dijangka dihukum pada 13 Oktober.


Bagi kesalahan mengganggu orang awam, dia boleh dipenjara selama tiga bulan, atau denda hingga $2,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >