Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki mengaku terima $2,000 dari wanita selepas dakwa boleh bantu hidup di penjara 'lebih mudah'

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki telah memberitahu seorang wanita warga tua yang dihukum penjara enam minggu pada 2018 atas kesalahan, termasuk berkaitan dengan kereta Ferrarinya, bahawa dia mempunyai kenalan yang dapat memastikan kehidupannya di penjara lebih mudah.



Wanita itu, Shi Ka Yee, pada masa itu berusia 73 tahun, terpedaya dengan kata-kata Francis Ng Wee Keng dan memberinya wang tunai $2,000 pada 19 Oktober 2018, enam hari sebelum hukuman penjaranya dijangka bermula.



Pada 28 Oktober 2018, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) mendapat tahu apa yang Ng telah lakukan dan dia mengaku bersalah di mahkamah minggu lalu lapor The Straits Times.



Ng dijangka dijatuhkan hukuman pada 18 Januari.



Warga Singapura berusia 48 tahun itu mengaku bersalah atas enam tuduhan termasuk melakukan rasuah dan menceroboh rumah untuk mencuri.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada Shi, seorang pereka dalaman yang telah bersara, telah dihadapkan ke mahkamah berhubung kes rasuah itu.



Dia juga telah menjadi bahan berita sebelum ini atas beberapa kesalahan termasuk menumbuk seorang pemandu kereta selepas beliau enggan memberi laluan kepada kereta Ferrarinya pada 2014.



Tahun berikutnya dia memerangkap seorang pekerja dalam baldi sebuah kren.



Pada 2016, dia memberhentikan keretanya di tengah-tengah Orchard Road, menyebabkan kesesakan lalu lintas setelah seorang pemandu membunyikan hon ke arahnya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Magdalene Huang berkata: "Kesnya disiarkan secara luas dalam akhbar tempatan dan (Ng) baca tentang kesalahannya dan prosiding jenayah terhadapnya ketika menjalani hukuman penjara pada pertengahan 2018."



Dia kemudian dibebaskan dan menghubungi Shi pada awal Oktober 2018.



Mereka berjumpa di sebuah hotel dan Ng berkata dia kenal beberapa pegawai penjara yang boleh "mengawasi" Shi apabila menjalani hukumannya nanti.



DPP Huang berkata: "Sebenarnya tertuduh tidak mengenali mana-mana pegawai penjara secara peribadi... Shi dan tertuduh bertukar nombor telefon.



"Antara 8 dan 17 Oktober 2018, tertuduh memberitahu Shi bahawa dia telah bercakap dengan pesuruhjaya penjara mengenai kesnya dan mengaturkan perjumpaan Shi dengan dua pegawai kanan penjara wanita, yang kemudian diakuinya kepada CPIB sebagai pembohongan."



Pada akhir bulan itu Ng meminta Shi wang tunai untuk "melayan pegawai penjara supaya dapat menjalin hubungan dengan mereka" dan mendakwa bahawa dia dapat memastikan kehidupan Shi di penjara akan lebih mudah, dia boleh menyimpan rambut panjangnya dan tidak akan dibuli banduan lain.



Mahkamah mendengar bahawa Shi telah memberi Ng $2,000 pada 19 Oktober dan dia menggunakan wang itu untuk perbelanjaan peribadi.



Jika disabit kesalahan rasuah, pesalah boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda hingga $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >