Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki menyamar sebagai pakar sakit puan bagi dapatkan gambar intim wanita dijel 40 bulan

Oct 26, 2022 | 08:00 PM



SEORANG lelaki menipu seramai 35 wanita agar menghantarkan foto serta video bahagian tubuh peribadi mereka dengan menyamar sebagai seorang pakar sakit puan dari sebuah hospital privet.

Gara-gara penyamaran itu, Ooi Chuen Wei, 37 tahun dihukum penjara 40 bulan pada Rabu (26 Okt).


Warga Malaysia itu mengaku bersalah atas enam tuduhan penyamaran. Sebanyak 15 tuduhan serupa telah dipertimbangkan.

Mahkamah diberitahu bahawa pada lewat 2016, Ooi membuka sebuah akaun Facebook berprofil sebagai “Dr Janice Lee Yan Hooi” dari Gleneagles Medical Singapore.


Dia menggunakan foto rambang seorang wanita Malaysia sebagai gambar profilnya.

Untuk memastikan akaunnya kelihatan tulen, Ooi menambah kededua kenalan Facebook lelaki dan wanita dan menghasilkan Instagram serta profil LinkedIn menggunakan nama yang sama.


Selepas mengenalkan dirinya kepada mangsa wanita yang menjadi sasarannya, dia menghantar mesej kepada mereka dengan memperkenalkan dirinya sebagai Dr Lee dan menawarkan satu rancangan perubatan bagi kesihatan buah dada serta seksual dengan runding cara bulanan.


Dia berkata rancangan perubatan itu diluluskan “Pusat Perubatan Gleneagles”.

Dia kemudian menghantar panduan langkah demi langkah tentang cara menjalankan urutan buah dada serta bahagian kemaluan mereka dan menyuruh mereka menghantar video kepadanya semasa mereka berbuat demikian.


Ooi mendakwa video itu akan membenarkannya mendiagnos sebarang isu kesihatan mereka, agar dia dapat menawarkan kepada mereka satu rancangan rawatan.


Timbalan Pendakwaraya (DPP), Encik R Arvindren, berkata: “Ini merupakan tipu muslihat teleperubatan oleh tertuduh.

“Tertuduh memuat turun dan menyimpan video-video serta gambar-gambar tersebut selepas dia menerimanya... para mangsa percaya pembohongan meluas si tertuduh.”


DPP Arvindren berkata Ooi akan mengelak daripada berbual dengan para mangsa agar penyamarannya sebagai pakar sakit puan tidak diketahui.

Antara 2018 dengan 2021, seramai 35 mangsanya menghantar sejumlah 919 foto dan video kepada Ooi.


Wanita-wanita tersebut tidak boleh dinamakan atas arahan mahkamah.

Ooi cuba menipu lagi tujuh wanita, namun gagal berbuat demikian.


Kesalahannya diketahui selepas salah seorang mangsanya mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada tahun lalu.

Beliau menjalankan siasatan dan menyedari tidak ada sesiapa yang bernama Dr Janice Lee Yan Hooi yang bekerja di Gleneagles.


Beliau kemudian membuat satu laporan polis sehingga Ooi diberkas pada 11 November tahun lalu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >