Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki M'sia hadapi tuduhan bunuh

Dec 20, 2016 | 01:56 PM



SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 23 tahun dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan membunuh.



Kes yang dihadapi lelaki itu ada kaitannya dengan satu kematian di Terminal Feri Tanah Merah bulan lalu.



Pada 25 November lalu, seorang penyelia kerja pembersihan, Cik Maimunah Awang, ditemui mati dalam sebuah longkang sedalam 2 meter di belakang satu janakuasa dekat kawasan rehatnya di terminal itu.



Wanita berusia 53 tahun itu tidak dapat dihubungi pada waktu tengahari dan seorang pekerja di terminal itu berkata barang kemas yang dipkai arwah telah hilang.



Menurut polis, suspek ditangkap di Malaysia kelmarin (18 Dis) selepas satu waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Negara di sini.



Dia telah diserahkan kepada polis Singapura semalam, dan dijangka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh.



Jika didapati bersalah, dia akan dihukum gantung sampai mati.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis, Encik Sekher Warrier mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia atas sokongannya dan menambah, polis Singapura "akan terus bekerja rapat dengan rakan pengkuatkuasa undang-undang luar negara untuk membawa pulang penjenayah untuk menghadapi hukuman".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >