Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki pandu kereta di laluan pejalan kaki di ECP, LTA ambil tindakan

Oct 26, 2019 | 04:21 PM



Lembaga Taman Negara (NParks) sedang menyiasat kes di mana lelaki memandu kereta Nissan Sunnynya di laluan pejalan kaki dan berbasikal di East Coast Park, manakala Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan itu.



Pengguna Facebook, Encik Cap Lim berkata dalam satu pos bahawa beliau melihat Nissan Sunny berwarna hitam itu di laluan pejalan kaki dan berbasikal di taman itu pada Jumaat lepas (18 Oktober) sekitar 7.30 pagi.



Beliau juga memuat naik gambar kereta tersebut di laman web One.Motoring, yang mendedahkan bahawa cukai jalan raya kereta tersebut telah tamat pada Julai lalu.



Dalam posnya, Encik Lim berkata beliau melihat kereta itu semasa sedang berlari-lari anak di taman itu. Pada mulanya, beliau fikir ia adalah kereta rondaan tetapi beliau menjadi curiga apabila melihat kereta itu dipandu pada kelajuan yang tinggi.



Encik Lim kemudian mendapati pemandu adalah seorang lelaki, dan terdapat beberapa penumpang bersamanya. 



Menjawab pertanyaan daripada akhbar The Straits Times, NParks mengatakan bahawa ia sedang menyiasat kejadian itu.



Di bawah Akta Taman dan Pokok, adalah satu kesalahan untuk memandu kenderaan bermotor di dalam taman tanpa meminta izin terlebih dahulu. Pesalah boleh didenda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >