Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki pandu tanpa lesen ditahan selepas kemalangan dengan van

Jun 06, 2023 | 08:43 PM

SEORANG lelaki berusia 31 tahun ditahan kerana memandu tanpa lesen dan memandu kenderaan tanpa kebenaran pemilik, selepas satu kemalangan di Yishun.

Gambar yang disiarkan di laman Facebook Beh Chia Lor – Singapore Road menunjukkan sebuah kereta putih remuk setelah melanggar tiang lampu di kaki lima, dengan bamparnya tercabut.

Sebuah kereta tunda dilihat di belakang kenderaan itu.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), polis berkata mereka dimaklumkan mengenai nahas itu sekitar 7.30 malam pada Isnin, melibatkan sebuah kereta dan sebuah van di Yishun Avenue 6 menghala ke Yishun Avenue 1.

Seorang pemandu kereta berusia 31 tahun ditahan kerana memandu tanpa lesen dan memandu kenderaan tanpa kebenaran pemilik, manakala pemandu van berusia 32 tahun itu sedang membantu dalam siasatan polis.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu ST bahawa tiada kecederaan dilaporkan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3