Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki panjat ke landasan MRT di stesen Tanah Merah

Nov 08, 2018 | 07:22 PM



SEORANG lelaki memanjat pintu skrin platform di stesen MRT Tanah Merah dan berada di landasan petang tadi (8 November).



Menurut The Straits Times, lelaki itu dikesan sedang memanjat pintu skrin platform itu menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) oleh kakitangan stesen SMRT sekitar tengah hari.



Lelaki itu ditemui di landasan ke arah timur, dan dibawa kembali ke platform oleh kakitangan yang bertugas.



Pengurus stesen itu kemudian melakukan pemeriksaan visual bagi memastikan tidak apa-apa yang tertinggal di landasan itu sebelum kereta api seterusnya tiba.



Kejadian itu melewatkan perjalanan ke arah timur di Laluan Timur-Barat sehingga 10 minit.



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kes itu pada 11.50 pagi, sambil menambah bahawa seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas kerana melakukan tindakan terburu-buru, dan siasatan sedang diteruskan.



Pencerobohan landasan jarang berlaku sejak pintu skrin dipasang pada 2012.



Namun tiga tahun lalu, seorang lelaki masuk ke landasan di Laluan Utara-Selatan antara stesen Jurong dan Yew Tee.



Kejadian itu mengganggu perkhidmatan kereta api.



Pada masa itu, dilaporkan sejumlah 177 pencerobohan landasan dicatat di rangkaian MRT sejak 2003.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >