Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki patut jalani perintah usah keluar rumah dilucut status warga tetap

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang didapati bersalah meninggalkan hostel di mana dia sepatutnya menjalani perintah jangan keluar rumah (SHN) dilucutkan status penduduk tetapnya.



"Status PR bagi warga tetap Singapura yang didapati bersalah akan disemak oleh ICA.



"Bagi kes Encik Chong Tet Choe, ICA telah melucutkan status PRnya pada 4 Februari," kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan semalam.



Chong, seorang warga Malaysia, merupakan orang pertama yang dilucut status PR kerana melanggar peraturan Covid-19.



Seorang lelaki lain, 47 tahun, hilang status PR dan dilarang memasuki Singapura Februari tahun lalu selepas dia berkeras untuk meninggalkan Singapura walaupun dikenakan perintah SHN sebaik pulang dari China.



ICA berkata ia menolak permohonannya untuk memperbaharui permit masuk semula yang membolehkan individu mengekalkan status PRnya ketika berada di luar Singapura.



Chong dijatuhi hukuman penjara dua minggu pada 7 Ogos tahun lalu kerana melanggar peraturan Covid-19.



Dia didakwa Jun lalu kerana melanggar SHN empat kali walaupun mengetahui bahawa dia menunjukkan gejala jangkitan Covid-19.



Menurut ICA semalam, warga asing yang gagal mematuhi peraturan kesihatan awam di Singapura akan menghadapi tindakan oleh ICA atau Kementerian Tenaga Manusia, atau kededuanya sekali.



Ini termasuk membatalkan atau memotong pendek kesahihan permit dan pas untuk menetap atau bekerja di Singapura.



Tahun lalu, mahkamah diberitahu bahawa Chong mengunjungi Klinik Perubatan Summit di Blok 134 Jurong Gateway Road pada 29 April dan memberitahu doktor bahawa dia batuk dan sakit badan.



Selepas menerima sijil perubatan, dia juga diberitahu bahawa ia merupakan notis SHN.



Chong diberitahu bahawa dia harus kekal di kediamannya di Westwood Hostel di Jurong West Avenue 5 dari 29 April hingga 3 Mei dan usah keluar rumah kecuali untuk mendapatkan rawatan perubatan.



Namun, dia meninggalkan hostelnya pada 30 April untuk membeli bahan makanan dan mengeluarkan wang di pasar raya berhampiran.



Chong juga telah mengunjungi kantin berhampiran hostel untuk membeli makanan pada 2 dan 3 Mei.



Dia meninggalkan kediamannya sekali lagi pada 3 Mei untuk menokok kredit telefon bimbitnya di mesin AXS.



Chong hanya mengakui kesalahannya itu selepas ditunjukkan rekod akses hostel tersebut.



Bagi setiap sabit kesalahan, Chong boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan dan denda hingga $10,000.



Dia juga boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda $20,000 atas kesalahan yang berulang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >