Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki pertama didenda $600 atas kesalahan PMD

Jul 17, 2019 | 05:30 AM



AKIBAT menunggang e-skuter yang melebihi spesifikasi yang diizinkan, seorang lelaki semalam didenda $600.



Loh Izel Feizal, 40 tahun, yang kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah, menjadi orang pertama di Singapura yang dihukum di mahkamah kerana menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) yang terlarang lapor The Straits Times.



Mahkamah dimaklumkan bahawa Loh menunggang e-skuter itu di Mountbatten Road sekitar 7 malam pada 15 Mei tahun lalu.



Pendakwa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Encik Daniel Marini, berkata pihak berkuasa memandang serius terhadap PMD yang tidak mematuhi peraturan, yang diguna di laluan awam, kerana ia membahayakan keselamatan orang ramai.



Beliau memberitahu mahkamah bahawa peraturan mengenai berat, lebar, dan kelajuan PMD dikenakan demi melindungi orang ramai bagi mengurangkan potensi berlaku kerosakan serta kecederaan.



Encik Marini menambahkan:



"Terdapat kekerapan kejadian melibatkan PMD yang telah berlaku, yang memerlukan pencegahan umum.



"Dilaporkan bahawa sekitar 1,700 kesalahan berhubung mobiliti aktif dikesan pada separuh pertama 2019, di mana sekitar 30 peratus dikaitkan dengan penunggang yang menggunakan alat terlarang."



Pada 2 Julai lalu, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa lebih 85,000 skuter elektronik telah didaftar bersama LTA sebelum batas waktu bagi melakukannya tamat pada 30 Jun.



Dalam kenyataan sebelum ini, LTA berkata daripada jumlah penuh, hampir 1,000 pendaftaran dibuat pada hari terakhir.



Selepas 30 Jun, penunggang tidak dibenarkan menunggang, mengendali atau membenarkan orang lain menggunakan e-skuter yang tidak terdaftar, di laluan awam.



Pendaftaran bagi e-skuter dibuka pada 2 Januari tahun ini untuk mencegah pengguna PMD yang tidak bertanggungjawab dan memudahkan penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang melanggar peraturan.



Mereka yang mendaftar harus berusia sekurang-kurang 16 tahun dan mengisytiharkan bahawa e-skuter mereka tidak melebihi 20 kilogram dan lebarnya 70 sentimeter.



Kelajuan alat bermotor e-skuter juga harus tidak melebih pada 25km/jam.



Pesalah pertama yang menunggang PMD terlarang di laluan awam boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan dan didenda sehingga $5,000.



Pesalah berulang pula boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >