Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki positif HIV dijel kerana adakan hubungan seks dengan remaja bawah umur

Dec 14, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki positif virus HIV yang telah bebas dari penjara sejak Januari 2019 didapati bersalah pada akhir tahun itu kerana melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dengan seorang remaja bawah umur.



Mangsa tidak menyedari keadaan kesihatan tertuduh.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Andre Ong berkata pesalah telah menjemput remaja berusia 14 tahun itu ke rumahnya sebanyak 17 kali sepanjang tiga bulan. Mereka melakukan seks sebanyak dua kali setiap minggu.



Mahkamah mendengar bahawa gadis itu tidak dijangkiti HIV.



Lelaki warga Singapura berusia 41 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua bulan selepas dia mengaku bersalah atas 11 tuduhan, termasuk pelbagai tuduhan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur serta kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.



Sebanyak 25 tuduhan lain masih dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman semalam.



Kededua tertuduh dan mangsa tidak dapat dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mereka.



Lelaki itu disahkan menghidap HIV pada Julai 2011 dan diberi kaunseling pada bulan berikutnya.



Dia diberitahu bahawa dia harus memaklumkan penyakitnya kepada bakal pasangan mengenai keadaannya sebelum melakukan hubungan seks. Dia juga diberi nasihat tentang amalan seks selamat.



Pesalah kemudian dipenjara kerana didapati mencuri dan dibebaskan pada Januari 2019.



Dia telah menerima rawatan untuk penyakitnya dan didapati virusnya itu tidak dapat dikesan semasa ujian terakhirnya pada 23 Julai tahun itu.



Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh tidak memberitahu remaja tersebut yang menjadi teman wanitanya sejak Ogos 2019 kerana dia takut kehilangannya.



DPP Ong berkata: "Apabila mangsa memberitahu tertuduh bahawa dia berumur 14 tahun, tertuduh menjawab umur tidak penting jika mereka bercinta.



"Tertuduh juga memberitahu mangsa bahawa dia mahu berkahwin dengannya dalam tempoh 10 tahun dan inginkan bayi bersamanya.



"Tertuduh memberitahu mangsa bahawa seorang lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengannya sekali dan enggan melakukannya untuk kali kedua adalah 'lelaki yang tidak boleh dipercayai' dan jika lelaki itu kerap melakukan seks dengannya bermakna lelaki itu sangat menyayanginya."



Pesalah juga memberitahu mangsa bahawa dia "sangat menyayanginya" dan itulah sebab mereka kerap melakukan seks.



Kesalahannya terdedah pada akhir November 2019 apabila abang mangsa menggunakan telefon bimbit adiknya dan melihat pertukaran mesej mereka.



Abangnya memberitahu bapa mereka yang membuat laporan polis pada 2 Disember tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >