Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki rakam video upskirt pelajar sekolah dipenjara 20 minggu

Jul 12, 2022 | 06:51 PM



SEORANG pegawai sepenuh masa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang kerap mengintai pelajar perempuan berpakaian seragam dan merakam sekurang-kurangnya 28 video upskirt antara September dan Oktober 2020 telah dipenjara 20 minggu.



Poh Yu Jian, 30 tahun, mengaku bersalah melakukan voyeurisme pada Selasa (12 Julai).



Dia telah merakam video sekurang-kurangnya 13 perempuan di tempat seperti jejatas berdekatan sekolah.



Video-video yang dirakam ialah sepanjang sekitar seminit, dengan yang paling lama ialah lima minit yang diambil di stesen MRT Buona Vista.



Poh ditangkap basah oleh seorang perempuan berusia 15 tahun yang nampak dia merakam videonya di tangga bergerak di sebuah stesen MRT.



Mahkamah diberi tahu bahawa Poh telah digantung tugas oleh SAF dan kemungkinan besar akan dibuang kerja ekoran kes mahkamahnya.



Dia merupakan pakar perubatan tentera di SAF.



Timbalan Pendakwa Raya Etsuko Lim memberitahu mahkamah bahawa Poh merakam tidak kurang daripada 28 video upskirt sekurang-kurangnya 13 gadis tanpa kebenaran mereka pada sekurang-kurangnya 13 kali berasingan.



Dia merakam video-video tersebut dengan harapan dapat melihat kemaluan gadis-gadis itu, tambah DPP Lim.



Kesalahan-kesalahan itu berlaku di stesen MRT, di sepanjang jejatas atau di bas dua tingkat, dan Poh menyasarkan gadis berpakaian seragam sekolah.



Merayu Hakim Daerah Jasvender Kaur menjatuhkan hukuman penjara antara 20 hingga 22 minggu kepada Poh, DPP Lim berkata:



“Terdapat keinginan awam yang kuat untuk memastikan berjuta-juta penumpang dapat melakukan perjalanan dengan selamat setiap hari, tanpa perlu mengalami kehinaan kerana privasi mereka diceroboh.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >